Harian Metro

Penduduk lari dalam hutan, enggan naik bas ke hospital

-

Kota Bharu: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mendedahka­n sikap Orang Asli enggan menerima rawatan menyebabka­n penyakit kulit yang dihidapi kira-kira 120 penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang semakin merebak.

Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah beberapa kali melakukan aktiviti untuk mencegah rawatan berkenaan termasuk menyediaka­n bas untuk membawa mereka ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menerima rawatan berkenaan, namun mereka menghilang­kan diri ke dalam hutan.

“Mereka dipujuk untuk dibawa ke hospital, tetapi enggan naik bas menyebabka­n penyakit itu semakin merebak.

“Apa yang kita harapkan ialah mereka bersedia menerima rawatan bagi mengubati penyakit badan bersisik dan berkudis,” katanya.

Harian Metro semalam, menyiarkan 120 Orang Asli di kampung berkenaan menderita penyakit kulit bersisik dan berkudis sejak tiga bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia