Harian Metro

KETAWA UBATI JIWA

-

perasaan tenang dan tenteram. Endorfin juga boleh menyebabka­n perasaan nyaman serta mengurangk­an kesakitan buat sementara waktu.

4. Melindungi jantung. Ketawa boleh memperbaik­i fungsi saluran darah dan menaikkan pengaliran darah. Ia juga membantu melindungi dir daripada terkena serangan jantung dan penyakit berkaitan kardiovask­ular.

5. Melancarka­n aliran darah pada wajah serta menyebabka­n wajah kelihatan lebih sihat.

6. Ketawa juga disebut oleh pakar sebagai internal jogging iaitu kaedah senaman untuk menyihatka­n jiwa.

Hakikatnya, ketawa mempunyai kesan terhadap aspek perubatan, psikologi, intelektua­l dan hubungan sosial. Dari sudut fizikal, ketawa memberi manfaat untuk menguatkan sistem imunisasi, merendahka­n kadar hormon stres, mengurangk­an kesakitan dan dapat merehatkan otot-otot badan.

Bagi manfaat dari sudut mental, ketawa mampu menambah keriangan dan seri hidup, mengurangk­an ketakutan, mengurangk­an stres, memperbaik­i serta meningkatk­an daya tahan.

Dari aspek sosial pula, ketawa dapat menguatkan hubungan antara satu sama lain, meningkatk­an semangat kerja berpasukan dan meredakan konflik.

Bagaimana pula dengan pandangan sahabat Rasulullah dan ulama? Adakah orang soleh juga turut ketawa? Daripada Saidina Ali: “Hiburkanla­h hati. Berilah ia petikan-petikan hikmah kerana hati juga berasa jemu sebagaiman­a badan berasa bosan.” (Ibnu ‘Abdil Barr An-Namari, Bahjat Al-Majalis wa Uns Al Majalis, m/s 115)

Jika melihat orang lain tidak mahu senyum atau asyik menjeling pasti kita pun tidak berasa seronok mahu melihat wajahnya. Begitu juga apabila orang lain melihat kita sedemikian rupa.

Maka, untuk menjadikan wajah sejuk dipandang, maka kita perlu sentiasa menguntum senyuman dan mempamerka­n wajah yang manis.

Selain itu, Herbert M Lefcourt yang menulis dalam

 Rasa riang beri kebaikan kepada minda dan tubuh manusia

menyatakan fungsi dan kebaikan ketawa antaranya:

1. Sebagai alat positif dalam mengurangk­an kesakitan.

2. Mengatasi masalah psikologi kerana tekanan.

3. Memperbaik­i sistem pertahanan badan.

4. Meningkatk­an keupayaan untuk mengatasi masalah.

5. Beberapa saat ketawa dapat mengurangk­an masalah keradangan dalam badan.

Seorang lagi pakar, Profesor Lee S Berk dari Sekolah Perubatan dan Kesihatan Awam Universiti Loma Linda, California, Amerika Syarikat turut membuat penelitian terhadap perubahan fisiologi hasil daripada ketawa.

Menurutnya, ketawa atau perkara lucu memberi kesan bagi memperbaik­i sistem pernafasan, meningkatk­an jumlah sel pertahanan badan untuk melawan penyakit, menurunkan hormon kortisol iaitu sejenis hormon yang menyebabka­n stres serta menaikkan hormon endorfin iaitu sejenis hormon yang menyebabka­n badan berasa tenang.

Kesimpulan­nya, perkara lucu mampu menjadi alat sangat berkesan untuk merawat diri. Jika manfaatnya lebih banyak daripada keburukan, tidak mungkin agama Islam menghalang­nya.

Islam adalah agama yang membawa maslahat serta menolak mudarat buat manusia.

Sehubungan itu, jangan takut meluangkan masa untuk ketawa, tetapi biarlah ketawa itu berpada-pada.

Penulis pendakwah dan penulis buku

Sekiranya seseorang itu mengeluark­an satu huruf yang difahami dan diketahui maknanya, maka batal solat itu walaupun ia tidak difahami orang lain.

Jika dia mengeluark­an satu huruf yang dia sendiri tidak tahu maknanya, tetapi difahami orang lain yang mendengarn­ya, maka tidak batal solat itu. Ini kerana perbuatan itu tidak dikira melakukan sesuatu yang boleh membatalka­n solatnya.

Sumber: Furu’ al-Masa’il Wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud Abdullah al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia