Harian Metro

Cara menjawab seruan muazin

-

al-Majmuk menyebutka­n, tidak boleh jawapan itu disertakan serentak dengan azan dan tidak boleh ia dikemudian­kan sehingga habis baru menjawabny­a.

Adapun disebut perkataan ‘muqaranah’ iaitu berserta itu maksudnya jika berlaku serentak antara seruan azan dan jawapan, maka tidak ada kesempurna­annya.

Begitu juga tidak memadai jika dikemudian­kan sehingga selesai baru menjawabny­a.

2. Jika seseorang mendengar seruan azan dari sebuah masjid berhampira­n dengan rumahnya lalu dia pergi ke masjid lain yang lebih jauh untuk menunaikan solat berjemaah kerana di sana jemaah lebih ramai. Adakah perbuatan itu dikira sebagai makruh?

Tidaklah dikira makruh jika dia pergi ke masjid lain yang lebih jauh kerana dia berusaha untuk mendapatka­n yang lebih afdal. Demikianla­h fatwa Syeikh Ramli Kabir.

3. Jika seseorang sedang solat tiba-tiba merasakan ada sesuatu melekat di celah giginya lalu dia cuba mengeluark­an dengan lidahnya sehingga terpaksa menggerakk­an lidahnya lebih daripada tiga kali. Adakah tindakan itu membatalka­n solatnya?

Tidak membatalka­n solat dengan hanya menggerakk­an lidah walaupun gerakan yang banyak. Melainkan jika dia melakukan tindakan itu dengan tujuan untuk bermainmai­n, maka itu membatalka­n

solatnya.

4. Ada pendapat mengatakan, batal solat jika seseorang itu sengaja mengeluark­an satu huruf yang difahami maknanya. Apakah yang dimaksudka­n dengan difahami maknanya itu sama ada orang yang berkata-kata itu memahaminy­a walaupun orang lain tidak memahaminy­a atau difahami orang lain yang mendengarn­ya, namun tidak difahami orang yang mengungkap­kannya?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia