Harian Metro

Kes tangkapan ular meningkat

-

Cuaca yang panas serta kering secara tidak langsung meningkatk­an kes tangkapan ular terutama di kawasan kediaman di Selangor.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor, Mohd Yusoff Samad berkata, peningkata­n sekali ganda berlaku pada bulan yang mengalami cuaca panas melampau berbanding bulan lain.

Menurutnya, kebiasaann­ya sebanyak 50 kes direkodkan sebulan namun ia meningkat sehingga 100 kes terutama ketika cuaca panas.

“Ular adalah haiwan berdarah panas, jadi haiwan ini memerlukan tempat yang sejuk. Sekarang ini musim kering, jadi haiwan ini akan mencari tempat perlindung­an yang lembap.

“Cuaca agak ekstrem kalau kita lihat sekarang, sekejap panas dan kadang-kadang sahaja hujan. Selain itu, faktor pembanguna­n juga antara penyebab kenapa ular keluar dari ekosistem mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia