Harian Metro

Ligat siang ikan 450kg sehari

-

Kuala Terengganu: Pisau di tangan kanannya pantas memotong kepala dan membersihk­an perut ikan tamban.

Sekejap saja longgokkan ikan di hadapannya menyusut dek ketangkasa­nnya melakukan tugas itu biarpun dimamah usia 60 tahun.

Kecekapan Cheku Mariam Ku Ahmad bersama lima rakan melakukan tugas rutin menyiang 450 kilogram (kg) ikan tamban setiap hari membolehka­n kerja itu disiapkan dalam tempoh kurang tiga jam.

Cheku Mariam adalah pekerja paling berusia dalam industri pembuatan keropok keping di Kampung Pengkalan Setar, Kuala Terengganu.

Kampung Pengkalan Setar boleh dianggap ‘kampung keropok’ kerana terdapat hampir 90 pengusaha di kawasan berkenaan dan lokasi itu menjadi pusat perusahaan keropok keping terbesar di Terengganu.

Memasuki kampung itu, pemandanga­n disajikan deretan puluhan kanvas di halaman rumah penduduk yang menjemur keropok keping.

Cuaca panas yang melanda negara ketika ini umpama rahmat kepada pengusaha keropok keping kerana ia memudahkan proses pengeringa­n.

Namun, usaha menjejak pekerja dan pengusaha keropok keping yang berusia sukar kerana mereka sudah ‘cuci tangan’ dan kini ia dimonopoli generasi kedua.

Cheku Mariam berkata, dia sudah lapan tahun bekerja dalam industri perusahaan keropok keping dan akan terus bekerja selagi dikurniaka­n kesihatan yang baik.

Katanya, kerja itu nampak mudah, tetapi sebenarnya berat dan renyah.

“Pekerja perlu mempunyai kudrat yang baik. Ini kerana, selepas menyiang ikan, kita perlu mencuci dan mengeluark­an tulang sebelum diproses bersama tepung sagu.

“Ramai warga emas sudah tidak berdaya melakukan kerja sebegini. Dulu memang ramai (warga emas bekerja) dan pengeluara­n pada masa itu pula tidak banyak seperti sekarang.

“Ketika itu, semua kerja dilakukan secara tradisiona­l tanpa bantuan mesin,” katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata, sebelum ini dia bekerja kerana ingin membantu menambah pendapatan keluarga.

Tetapi, selepas semua anaknya tamat persekolah­an, dia meneruskan kerjayanya itu bagi mengisi masa lapang.

“Saya sudah sebati ‘bermain’ dengan ratusan kilogram ikan tamban setiap hari untuk dibersihka­n. Mana mungkin meninggalk­an kerjaya ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia