Harian Metro

‘DIA PINJAM, BUKAN SAYA’

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

Lelaki kaki judi beri alamat, nombor telefon ibu kepada along tuntut hutang

Seorang lelaki boleh dianggap sebagai anak durjana apabila tergamak memberikan alamat dan nombor telefon ibunya kepada ceti haram bagi membolehka­n sindiket itu menuntut bayaran hutang yang dibuat olehnya.

Akibat tindakan anak bongsu daripada tiga beradik itu menyebabka­n ibunya yang tinggal di Alor Akar di sini, hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu hingga terpaksa menukar nombor telefon.

Wanita berusia 64 tahun bernama Tong Chew Wah berkata, mereka sekeluarga sudah tujuh tahun terpisah dengan anaknya dan dia langsung tidak menghubung­inya sejak itu.

“Sebelum ini, dia pernah

berhutang dengan along RM58,000 namun saya yang tolong selesaikan bayaran kepada along.

“Masalah ini berpunca akibat tabiat anak yang suka berjudi.

“Selepas itu, dia kata hendak pergi bekerja di Singapura dan sejak itu, dia langsung tidak menghubung­i saya atau balik ke rumahnya di sini,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum di sini, semalam.

Wanita itu berkata, bagaimanap­un, Khamis lalu kumpulan lelaki dipercayai anggota sindiket along muncul di hadapan rumahnya sebelum menampal risalah meminta supaya mangsa menjelaska­n hutang anaknya.

“Ketika itu along itu menggugut saya supaya membayar hutang yang dibuat anak. Mereka tidak bagi tahu jumlah hutang itu...mereka dakwa akan simbah cat merah ke rumah saya jika tidak membayarny­a.

“Selepas itu, setiap hari along ini telefon saya. Hampir 20 kali setiap hari mereka telefon.

“Ini menyebabka­n

saya terpaksa menukar nombor telefon yang baru bagi mengelak diganggu,” katanya.

Katanya lagi, berikutan itu, dia membuat laporan polis dan kini sudah tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan anak lelakinya itu.

“Dia membuat pinjaman along untuk berjudi, kemudian dia beritahu along supaya kutip semula duit mereka daripada saya. Dia menyerahka­n segala butiran peribadi saya dan kakaknya kepada along.

“Saya sudah tidak tahan...Saya tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan dia, cukuplah saya bantu dia sebelum ini. Saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap along yang mengugut dan menakutkan keluarga saya.

“Jika berlaku lagi saya tidak teragak-agak untuk tampil membuat laporan lagi. Jangan ganggu dan cari saya, wang dipinjam anak saya, pergi cari dia, bukan saya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang berkata, along perlu menuntut bayaran mereka daripada individu yang meminjam, bukan daripada keluarga atau penjamin.

“Saya mahu along berhenti menakutkan mereka yang tiada kaitan dalam urusan peminjaman. Ini satu jenayah, jangan ingat mereka boleh sewenang-wenangnya melakukan peras ugut kerana laporan sudah dibuat,” katanya.

 ??  ?? TONG (tengah) menunjukka­n risalah ugutan yang ditampal di pagar rumahnya disaksikan Sim (kanan) di Pusat Khidmat DUN Teruntum, semalam.
TONG (tengah) menunjukka­n risalah ugutan yang ditampal di pagar rumahnya disaksikan Sim (kanan) di Pusat Khidmat DUN Teruntum, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia