Harian Metro

TUDUNG BUAT IBU

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Pemuda rentung dalam kemalangan babitkan dua lori simen

Hanya hadiah dibelikan arwah anak menjadi tanda ingatan terakhir buat pasangan suami isteri apabila anak lelaki mereka rentung dalam kemalangan membabitka­n dua lori simen di Kilometer 135 Jalan Johor Bahru-Seremban, kelmarin.

Ibu mangsa, Kelsom Ahmad, 57, berkata, anaknya Mohd Sukhairi Sulaiman, 35, yang juga pemandu lori simen sering berulang-alik dari rumah mereka di

FELDA Kemelah ke Singapura untuk menghantar bancuhan simen secara pukal.

“Beberapa minggu sebelum kemalangan, Mohd Sukhairi membelikan pelbagai barang keperluan rumah. Dia belikan mesin basuh, peti ais dan penghawa dingin dengan alasan untuk kemudahan dan keselesaan sedangkan kami sudah ada semua barangan itu dan masih dalam keadaan baik.

“Malah, dia juga berkeras mahu membelikan saya tudung tapi saya enggan. Tanpa disangka dia belikan juga secara senyap melalui atas talian dan saya hanya mengetahui perkara itu sebaik tudung berkenaan tiba di rumah beberapa hari lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Kemelah, semalam.

Menurut Kelsom, anak kedua daripada empat beradik itu memberitah­u tujuan membelikan tudung untuk memudahkan­nya menghadiri majlis bacaan Yaasin dan kenduri di sekitar kampung.

“Memang sebak apabila mengenangk­an barangan dibeli arwah untuk kami, ia adalah hadiah dan tanda ingatan terakhir kami kepadanya. Malah, arwah sempat membelikan kereta pacuan empat roda bernilai lebih RM100,000 untuk bapanya.

Kelsom berkata, pada awalnya, bapanya, Sulaiman Mohamad, 63, tidak mahu kerana terlalu mahal dan arwah pula hanya guna kereta biasa.

“Namun dia berkeras dan berkata ‘beli sebanyak mana pun tak akan mampu balas jasa ibu dan bapa besarkan dia’. Itu membuatkan hati bapanya lembut dan menerima hadiah itu,” katanya.

Menurutnya, pada malam sebelum kejadian, dia masih terbayang Mohd Sukhairi berselera menikmati makan malam bersama keluarga.

“Arwah juga sempat bawa bekal lauk sardin yang saya masak. Dia bawa banyak kerana mahu berkongsi dengan rakannya. Tak sangka itulah kenangan terakhir kami bersama dia,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman berkata, dia reda dengan kejadian itu dan mengetahui kemalangan itu pada jam 8.30 pagi ketika berada di kebun.

Jenazah Mohd Sukhairi selamat dikebumika­n jam 5.30 petang, hari sama di Tanah Perkuburan Islam FELDA Kemelah.

 ??  ?? KEADAAN lori simen dipandu Mohd Sukhairi (gambar kecil)
yang maut dalam nahas..
KEADAAN lori simen dipandu Mohd Sukhairi (gambar kecil) yang maut dalam nahas..
 ??  ?? KELSOM menunjukka­n tudung dibelikan
Mohd Sukhairi. ANGGOTA bomba b e rtu n g k u s - l u m u s
m e n g e l u a r ka n mayat mangsa.
KELSOM menunjukka­n tudung dibelikan Mohd Sukhairi. ANGGOTA bomba b e rtu n g k u s - l u m u s m e n g e l u a r ka n mayat mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia