Harian Metro

Harga cili merah naik mendadak sejak minggu lalu

-

Harga cili merah yang naik secara mendadak sejak minggu lalu disebabkan penghasila­nnya kini sudah di penghujung sementara menunggu tanaman baharu untuk berbuah semula.

Ketua pengarah

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, pihaknya sedang memantau keadaan pengeluara­n minggu ini memandangk­an fenomena itu sudah menular ke seluruh negara.

Beliau berkata, harga borong bagi cili merah pada kebiasaann­ya adalah RM10 hingga RM15 sekilogram, namun naik kepada RM20 sekilogram manakala harga runcit RM11 hingga RM12 sekilogram naik kepada RM14 hingga RM15 sekilo.

“FAMA akan melihat kaedah yang boleh dilaksanak­an bagi mengatasi kenaikan harga itu antaranya penyuburan penanaman cili merah dalam negara serta mengimport produk itu dari negara yang dibenarkan seperti Thailand, Indonesia dan China,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Produk Juara FAMA Negeri Terengganu di program MyBest Buy, semalam. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia