Harian Metro

Penulis blog Presiden NPC penggal 2019-2021

-

Wartawan dan penulis blog terkenal, Datuk Ahirudin Attan dipilih sebagai Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) bagi penggal 2019-2021.

Ahirudin, bekas editor Business Times mengambil alih jawatan itu daripada Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmat­an Berita Dalam Negeri) Datuk Mokhtar Hussain yang tidak bertanding semula pada mesyuarat agung tahunan NPC yang diadakan Rabu lalu.

Mokhtar dilantik sebagai penasihat kelab berkenaan.

Lebih dikenali sebagai Rocky (sempena nama blog beliau Rocky’s Bru), Ahirudin menjadi presiden NPC antara 2003 dan 2007 dan dari 2009 hingga 2013.

Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 1985 dengan akhbar The Star sebelum menyertai kumpulan The New Straits Times Press dan dilantik sebagai editor Business Times dan kemudian editor eksekutif Malay Mail.

Beliau menjadi penasihat The Malaysian Reserve bagi tempoh yang singkat dan ketika ini bertugas dengan portal berita The Mole.

Bekas editor eksekutif Malay Mail, Haresh Deol yang kini mengendali­kan TwentyTwo1­3, sebuah portal hal ehwal semasa, dipilih sebagai timbalan presiden. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia