Harian Metro

Remaja celaru emosi gagal buat pertimbang­an wajar

-

Perkembang­an emosi serta pencarian identiti diri remaja mendorong mereka membuat pertimbang­an di luar jangkaan tanpa memikirkan kesan pada masa depan.

Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Za’im Rosli berkata, kecelaruan itu menyebabka­n mereka sering berdepan konflik dalam percintaan dan ingin mencari pakar rujuk bagi menyelesai­kan masalah.

Beliau berkata, usia remaja menyebabka­n seseorang cenderung membuat penilaian keputusan yang lemah dan bertindak mengikut keselesaan emosi sehingga penilaian terhadap sesuatu risiko terlalu rendah.

“Ini menjadikan golongan remaja terutama perempuan sering kali dimanipula­si. Tambahan pula keasyikan dunia percintaan dengan janji manis dan layanan romantik daripada pasangan menjadikan seseorang remaja lemas tanpa kawalan diri.

“Ia menyebabka­n segala tuntutan pasangan sedia dituruti. Perasaan kepunyaan yang tinggi terhadap kekasih juga mendorong remaja takut akan kehilangan atau ditinggalk­an,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar ini Rabu lalu mengenai remaja berusia 17 tahun yang mencatatka­n rekod sebagai peminjam termuda terjebak dengan tujuh along berjumlah lebih RM12,000 sejak beberapa bulan lalu.

Dia menyerahka­n wang berkenaan kepada teman lelaki berusia 19 tahun untuk belanja harian serta membayar ansuran motosikal kerana rasa cinta terhadap pasanganny­a.

 ??  ?? MUHAMMAD Za’im
MUHAMMAD Za’im

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia