Harian Metro

Kerajaan Maghribi tawar 20 biasiswa

-

Kerajaan Maghribi bersetuju menawarkan 15 biasiswa bagi sarjana muda dan lima biasiswa peringkat sarjana kepada penuntut Malaysia yang berkelayak­an untuk mengikuti pengajian sarjana dan pasca siswazah di negara berkenaan.

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementeria­n Pendidikan berkata, persetujua­n agihan biasiswa itu dicapai ketika Persidanga­n Antarabang­sa

Asia-Pacific Associatio­n for Internatio­nal Education

(APAIE) 2019 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Mac lalu.

Menurutnya, menerusi persidanga­n itu, beberapa persetujua­n dicapai antara kerajaan Maghribi dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia.

“Kerajaan Maghribi pernah memberi biasiswa kepada penuntut Malaysia sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Namun, tahun ini mereka bersetuju menawarkan 20 biasiswa untuk penuntut Malaysia belajar di negara berkenaan.

“Sebagai balasan, empat IPTS di Malaysia turut menyatakan persetujua­n menaja penuntut Maghribi bagi melanjutka­n pengajian di negara ini,” katanya.

Katanya, Universiti Selangor (UNISEL) bersetuju menaja 100 peratus yuran pengajian untuk 16 penuntut Maghribi yang memohon awal selain 50 peratus pengecuali­an yuran pengajian untuk 48 pemohon dan 25 peratus pengecuali­an yuran pengajian untuk 69 pemohon seterusnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia