Harian Metro

70 peratus pengundi dijangka tunai tanggungja­wab

-

Rembau: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menjangkak­an 70 peratus pengundi akan menunaikan tanggungja­wab dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Prof Dr Azmi Sharom berkata, pihaknya bagaimanap­un berharap pengundi turun menunaikan tanggungja­wab mereka dan jumlah itu akan melebihi anggaran awal.

Menurutnya, Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan sudah bersedia untuk digunakan hari ini.

“SPR berharap calon dan penyokong parti masing-masing tidak melakukan sebarang provokasi sehingga menimbulka­n ketegangan sepanjang tempoh berkempen.

“Undang-undang pilihan raya perlu dipatuhi agar proses demokrasi ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

“SPR juga mendapat bantuan kira-kira 300 anggota polis sepanjang tempoh penamaan calon esok (hari ini),” katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Penamaan Calon di SJKC Bandar Sri Sendayan, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Azmi berkata, sehingga hari ini pihaknya sudah menjual lapan borang pencalonan masing-masing satu untuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) manakala selebihnya calon bebas.

 ??  ?? DR Azmi meninjau persiapan proses penamaan calon.
DR Azmi meninjau persiapan proses penamaan calon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia