Harian Metro

Jemaah cekup lelaki curi duit tabung surau

-

Cubaan seorang lelaki untuk mencuri duit tabung Surau Haji Jangidin, Kampung Haji Alias, Bukit Kapar di sini, terbantut apabila ditangkap jemaah yang ingin menunaikan solat, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, lelaki itu ditahan ketika sedang ‘memancing’ wang tabung surau menggunaka­n dawai tebal berserta gula-gula getah.

Pekerja pembersiha­n, Muhammad Fahmi Zulkifee, 24, berkata, ketika kejadian, dia baharu saja pulang dari tempat kerjanya.

“Selepas saya habis mengambil wuduk dan mahu masuk ke dalam surau berkenaan, saya ternampak kelibat seorang lelaki di tabung berkenaan seperti sedang mengambil sesuatu dalam tabung.

“Saya kemudian memanggil rakan saya sebab mengesyaki dia sedang mencuri wang daripada tabung berkenaan berikutan terdapat sejumlah wang yang bertaburan di atas tabung dan lantai,” katanya.

 ??  ?? LELAKI yang ditahan penduduk selepas mencuri wang tabung surau.
LELAKI yang ditahan penduduk selepas mencuri wang tabung surau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia