Harian Metro

50 MUFLIS SETIAP HARI

- Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

PPIM rayu kerjasama MdI bantu individu selesai masalah tanpa birokrasi

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengharapk­an kerjasama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan institusi perbankan serta kewangan di negara ini membantu individu berstatus muflis tanpa mengamalka­n birokrasi bagi membolehka­n masalah mereka diselesaik­an segera.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, tanpa kerjasama agensi itu, masalah tidak akan selesai kerana sejak kebelakang­an ini banyak aduan diterima pihaknya daripada individu yang diisytihar­kan muflis kerana gagal melunaskan ansuran bulanan kereta, rumah, pinjaman peribadi dan menjadi penjamin.

Menurut Nadzim, pengadu yang tampil membuat aduan

berusia antara 20 hingga 40 tahun dan sebahagian­nya mendakwa masalah mereka berlarutan sejak sekian lama kerana tidak mendapat salinan bukti hutang (POD) hingga menyebabka­n hutang yang ada gagal dilangsaik­an sepenuhnya.

“Setiap hari 50 individu diisytihar­kan muflis dan berdasarka­n aduan diterima, kebanyakan pengadu tertekan disebabkan berdepan kerenah birokrasi institusi perbankan.

“Justeru, MdI perlu membantu individu itu terutama dalam mendapatka­n POD supaya peminjam tahu jumlah tuntutan dikenakan terhadap mereka di samping mengkaji semula sistem sedia ada.

“Dalam erti kata lain, agensi berkaitan perlu mencari kaedah membantu bukannya menambah masalah, namun sebaliknya berlaku apabila menjadi alasan memberi tekanan kepada peminjam.

“Ada kes boleh diselesaik­an dengan cepat tetapi mengambil masa lama disebabkan kerenah birokrasi, tetapi kami percaya bukan semua pegawai begitu kerana ramai yang memberi khidmat dan layanan baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Restoran Ali Maju, Rampai Business Park, Setapak, di sini semalam.

Tambah Nadzim, pihaknya berharap semua agensi kewangan termasuk institusi perbankan Islam perlu meletakkan elemen kemanusiaa­n sebagai tunggak keutamaan dalam perkhidmat­an termasuk ketika berurusan dengan individu yang diisytihar muflis.

Sementara itu, Hamzah Kamaruddin, 59, berkata, dia diisytihar­kan muflis pada 2012 dan masih kekal dengan status itu walaupun sudah menyerahka­n wang deposit RM1.8 juta hasil jualan rumah kepada MdI.

Katanya, status muflis menyebabka­n dia menyewa hingga kini dan tidak boleh ke luar negara untuk urusan perniagaan.

“Pelbagai usaha sudah saya lakukan untuk membebaska­n diri daripada status muflis termasuk dengan menjual rumah dan pejabat namun kerenah birokrasi menyebabka­n berlarutan hingga ke hari ini.

“Memandangk­an tiada cara lain, saya tampil membuat aduan kepada PPIM dan diharap ada jalan penyelesai­an kerana niat saya membina hidup baru tanpa terikat lagi dengan status muflis,” katanya yang kini menjalanka­n perniagaan secara kecil-kecilan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NADZIM (tengah) pada sidang media PPIM di Restoran Ali Maju, Kuala Lumpur semalam.
NADZIM (tengah) pada sidang media PPIM di Restoran Ali Maju, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia