Harian Metro

TERSEPAK WAYAR ELEKTRIK

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Hidayatul Akmal Ahmad am@hmetro.com.my

8 penghuni Pondok Penyayang Raudah cedera pokok tumbang dibadai ribut

“Ketika kejadian hujan memang lebat disusuli angin kencang sebelum kami diberitahu dewan makan di Pondok Penyayang Raudah dihempap pokok,” kata Baharudin Harun, 59, mangsa ribut di Batu 11 di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, lapan penghuni cedera apabila sebatang pokok tumbang menghempap pusat jagaan asnaf berkenaan.

Baharudin yang tinggal berdekatan pusat itu berkata, dia bersama empat renjer hutan kemudian cuba menyelamat­kan kanak-kanak yang ditimpa kayu akibat kejadian berkenaan.

“Selepas berjaya mengeluark­an semua mangsa daripada timbunan runtuhan, rakan saya yang kami panggil Sabiri keluar dari kawasan berkenaan.

“Bagaimanap­un, ketika berjalan keluar dia tersepak wayar elektrik yang tumbang menyebabka­nnya terpelanti­ng

Pasir Gudang: sebelum tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Dewan Orang Asli, di sini, semalam.

Katanya, dia bersama empat lagi penduduk menyangka rakannya itu keletihan namun sebaliknya terkena renjatan elektrik.

“Kami membawanya ke Hospital Orang Asli yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Rumah saya rosak teruk, bumbung runtuh menyebabka­n kami dipindahka­n ke dewan ini,” katanya.

Seorang lagi mangsa Mohd Suhaimi Safie, 38, berkata dia bersama Baharudin membantu mengeluark­an kanak-kanak yang terperangk­ap akibat pokok tumbang dalam kejadian itu.

“Keadaan sedikit kelam-kabut ketika kejadian. Hujan lebat berserta angin kencang menyukarka­n kami mengeluark­an mangsa.

“Ini kejadian pertama kali sejak 30 tahun saya tinggal di kawasan ini. Banyak pokok tumbang dan rumah musnah dihempap pokok,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, tiga dewasa dan lima kanak-kanak cedera akibat insiden berkenaan.

Katanya, pusat jagaan asnaf itu mempunyai lapan kediaman yang diduduki 46 penghuni.

“Pusat itu dibiayai Pusat Zakat Selangor. Daripada jumlah itu, 27 penghuni membabitka­n dewasa, manakala 19 lagi penghuni berusia antara setahun hingga 17 tahun,” katanya.

 ??  ?? PEKERJA pembersiha­n memotong dahan pokok yang tumbang selepas dibadai ribut kelmarin. PENDUDUK dipindahka­n ke Dewan Orang Asli sementara rumah mereka dibaiki.
PEKERJA pembersiha­n memotong dahan pokok yang tumbang selepas dibadai ribut kelmarin. PENDUDUK dipindahka­n ke Dewan Orang Asli sementara rumah mereka dibaiki.
 ??  ?? AMIRUDIN (kanan) mendengar keluhan penduduk yang terjejas.
AMIRUDIN (kanan) mendengar keluhan penduduk yang terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia