Harian Metro

Nilai tahap kerosakan rumah

-

Gombak: Kerajaan negeri akan menilai tahap kerosakan penempatan di Batu 11 di sini, yang dilanda ribut dan hujan lebat, kelmarin, sebelum memutuskan jumlah bantuan baik pulih dan pembinaan rumah yang rosak.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, antara bantuan lain akan disalurkan adalah untuk membina semula rumah yang rosak teruk.

“Kami akan nilai dan ukur tahap kerosakan sebelum salurkan bantuan lain seperti bina semula rumah.

“Seterusnya, kerajaan negeri akan menampung kos bantuan jika apa yang disumbangk­an tidak mencukupi, pusat bencana daerah negeri akan memaklumka­n mengenai data yang lengkap untuk tindakan selanjutny­a,” katanya ketika ditemui selepas melawat 52 mangsa daripada 15 keluarga di Dewan Orang Asli Kampung Gombak Utara, Batu 11, semalam.

Beliau berkata, proses penilaian akan mengambil masa untuk menentukan bantuan bagi membaik pulih kerosakan.

“Benda ini akan mengambil masa, ada proses tertentu bagaimanap­un bantuan untuk kerosakan yang kecil akan lebih segera diberikan,” katanya.

Amirudin berkata, sebagai bantuan awal wang tunai sebanyak RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia