Harian Metro

Tuisyen percuma untuk pelajar B40

-

Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS) akan melaksanak­an program tuisyen percuma untuk pelajar daripada golongan berpendapa­tan rendah (B40) yang menetap di kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mulai Mei depan.

Pengerusin­ya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, program dinamakan

Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu membabitka­n pelajar tingkatan tiga dan lima yang menetap di PPRT berkenaan.

Beliau berkata, projek perintis bagi tuisyen percuma itu akan dilaksanak­an di lima PPRT sekitar Lembah Klang dan Selangor yang menyasarka­n 150 pelajar sebelum diperluas ke seluruh negara.

“Inisiatif ini selaras hasrat Kementeria­n Pendidikan yang mahu memberikan akses pendidikan lebih baik kepada semua selain memberikan fokus terhadap subjek sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) serta subjek lain seperti bahasa Inggeris mengikut keperluan pelajar.

“Selain memberi akses pendidikan lebih baik kepada golongan memerlukan, program ini juga dilihat dapat mengurangk­an beban ibu bapa yang mana mereka tidak perlu menghantar anak ke pusat tuisyen berbayar,” katanya sempena ulang tahun ketujuh YSS, semalam.

 ??  ?? LEE (tengah) memotong kek pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-7 YSS 2019 di Pantai Buatan Marina Putrajaya Presint 5.
LEE (tengah) memotong kek pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-7 YSS 2019 di Pantai Buatan Marina Putrajaya Presint 5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia