Harian Metro

MKH lancar Nexus @ Kajang Station

-

Kuala Lumpur: MKH Berhad (MKH) melancarka­n projek pembanguna­n terbaru di Kajang dikenali sebagai Nexus @ Kajang Station dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM457 juta.

MKH dalam kenyataan berkata, projek pembanguna­n itu berada dalam tapak seluas 8.06 ekar, berhadapan stesen pertukaran MRT dan KTM Kajang.

“Ia menawarkan 1,202 unit pangsapuri perkhidmat­an yang merangkumi dua menara 22 tingkat di atas lapan tingkat podium letak kereta dan satu menara 21 tingkat dengan 10 tingkat podium letak kereta,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan menyediaka­n dua tingkat ruang komersial berhadapan jalan utama.

“Terdapat 46 ruang komersial disediakan dengan keluasan daripada 220 kaki persegi (kps) hingga 1,936 kps.

“Malah, terdapat pelbagai kemudahan fasiliti disediakan dan jejantas menghubung­kan pembanguna­n ini dengan Stesen MRT & KTM Kajang bagi memudahkan penduduk berulang alik.

“Selain daripada itu, kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, kolam renang kanak-kanak, kawasan barbeku dan taman permainan disediakan di tingkat 8 (Menara A & B) atau di tingkat 10 (Menara C) khas untuk penduduk pembanguna­n ini,” katanya.

Menurutnya, atas faktor lokasi yang strategik, pembanguna­n di Menara A sudah mencatat lebih 86 peratus tempahan walaupun ia baru dilancarka­n secara rasmi.

“Oleh kerana lokasi pembanguna­n yang terletak di dalam kawasan bandar Kajang yang matang, terdapat pelbagai kemudahan sekeliling termasuk pusat membeli-belah, hospital, klinik, pengangkut­an awam, sekolah dan universiti dalam lingkungan 5km.

“Pembanguna­n ini juga berhubung terus dengan beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Persiaran Saujana Impian, Jalan Semenyih dan Lebuhraya SILK,” katanya.

Bakal pembeli boleh memilih pelbagai jenis reka bentuk rumah dan saiz bermula daripada 770 kps hingga 1,050 kps.

“Harga jualan bermula daripada RM288,000, sekali gus memberi peluang kepada pembeli rumah pertama atau pengguna pengangkut­an awam untuk memiliki aset dengan harga berpatutan,” katanya.

 ??  ?? NEXUS @ Kajang Station
NEXUS @ Kajang Station

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia