Harian Metro

TAK LANCAR PROJEK BAHARU

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

 EcoWorld tumpu usaha tingkatkan identiti projek perbandara­n

Eco World Developmen­t Group Bhd (EcoWorld Malaysia) akan menumpukan kepada usaha untuk meningkatk­an identiti projek perbandara­n pada tahun ini.

Ketua Eksekutif EcoWorld Malaysia Datuk Chang Khim Wah berkata, 2019 dijangka menjadi satu lagi tahun mencabar bagi industri pembanguna­n hartanah dengan keseluruha­n ekonomi negara terkesan oleh ancaman kelembapan ekonomi global dan ketidakten­tuan pasaran kewangan.

“Pada masa ini, kami tidak

mempunyai rancangan untuk melancarka­n projek baharu, sebaliknya kami akan meneruskan pelancaran fasa baharu pada projek sedia ada,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan EcoWorld Malaysia, di sini.

EcoWorld Malaysia mempunyai 20 projek pembanguna­n di beberapa lokasi utama, termasuk di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang.

Semua projek berkenaan membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM87.5 bilion dengan lebih 22,000 unit sudah dilancarka­n.

Ia mempunyai jumlah jualan belum dibilkan sebanyak RM6.4 bilion sehingga 31 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Khim Wah berkata, jumlah jualan belum dibilkan mencermink­an keupayaan syarikat pada masa depan untuk menghalang sebarang kejutan luaran yang boleh berlaku.

Katanya, EcoWorld Malaysia turut meletak sasaran jualan sebanyak RM6 bilion untuk dicapai dalam tempoh dua tahun.

“Tempoh berkenaan cukup untuk kami merancang jadual jualan dan pelancaran produk baharu bagi pasaran runcit. Ia juga membolehka­n kami melaksanak­an strategi yang lebih baik untuk mendapatka­n nilai optimum daripada simpanan tanah milik EcoWorld Malaysia yang semakin matang,” katanya.

 ?? Chang Khim Wah ?? Pada masa ini, kami tidak mempunyai rancangan untuk melancarka­n projek baharu, sebaliknya kami akan meneruskan pelancaran fasa baharu pada projek sedia ada”
Chang Khim Wah Pada masa ini, kami tidak mempunyai rancangan untuk melancarka­n projek baharu, sebaliknya kami akan meneruskan pelancaran fasa baharu pada projek sedia ada”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia