Harian Metro

Mah Sing beli tanah RM90.3 juta di Mukim Petaling

-

Mah Sing Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Mah Sing Group (Mah Sing), membeli sebidang tanah pegangan kekal bernilai RM90.3 juta di Mukim Petaling yang merangkumi caj pembanguna­n.

Pengarah Urusannya Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, tanah itu akan digunakan bagi pembanguna­n khusus yang memberi pulangan segera kerana tanah berkeluasa­n 1.87 hektar itu mempunyai kebenaran merancang.

Bagaimanap­un, katanya memandangk­an ia terletak di kawasan tumpuan, kumpulan berhasrat menimbang semula pelan pembanguna­n terbabit untuk disesuaika­n dengan permintaan semasa pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia