Harian Metro

Sunway Resort Hotel & Spa ubah suai ruang acara, Grand Ballroom

-

Sunway Resort Hotel & Spa, memperkena­lkan ruang acara dan Grand Ballroom terbaharun­ya selepas melalui proses pengubahsu­aian dan penambahba­ikan besar-besaran yang menelan belanja sebanyak RM54 juta.

Sunway Hotels & Resorts adalah segmen perhotelan Sunway Group dan menjadi sebahagian daripada rancangan pembanguna­n kumpulan dalam segmen terbabit.

Pengurus Besar Clusternya, Roger Marcz berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira empat bulan bagi melaksanak­an transforma­si itu.

“Kami teruja untuk menawarkan ruang dan tempat yang lebih segar bagi tetamu kami, termasuk ruang acara yang sangat menarik dengan teknologi canggih bagi pelbagai jenis acara.

“Selama 22 tahun lalu, kami telah menjadi tuan rumah kepada banyak acara korporat dan antarabang­sa, perjumpaan dan sambutan sosial dan kami dengan senang hati menambah episod baharu dalam cerita kami, khususnya Grand Ballroom kami yang ikonik dengan ruang lebih selesa,” katanya.

 ??  ?? SUNWAY Resort Hotel & Spa dengan reka bentuk terkini.
SUNWAY Resort Hotel & Spa dengan reka bentuk terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia