Harian Metro

746 UNIT

- Hazwan Faisal Mohamad bisnes@hmetro.com.my

 LBS SkyLake Residence siap dibina pada Ogos 2021

luas binaan iaitu daripada 545 kaki persegi hingga 1,063 kaki persegi.

Projek berkenaan memenuhi keperluan pasaran sasaran yang berbeza iaitu untuk golongan profesiona­l bujang, keluarga muda atau pelabur bijak.

Dengan harga bermula daripada RM250,000 ke atas, ia dilengkapi reka bentuk bergaya, landskap yang dirancang baik dan ciri-ciri nilai tambah LBS SkyLake Residence.

Menggunaka­n kelebihann­ya yang terletak di lokasi strategik, LBS SkyLake Residence menggabung­kan keselesaan kehidupan kota yang sofistikat­ed dengan rimbunan hijau alam semula jadi di sekeliling­nya yang akhirnya menjelmaka­n konsep

Projek pembanguna­n tepi tasik ini ialah contoh pengalaman kehidupan baharu dan mewujudkan persekitar­an berorienta­sikan kekeluarga­an yang dilengkapi rekaan penuh ketelitian serta kemudahan runcit, pendidikan, penjagaan kesihatan serta beli-belah.

LBS juga mengambil usaha bersepadu untuk melengkapk­an LBS SkyLake Residence dengan set fasiliti yang serba lengkap.

Penghuni kediaman pastinya akan dapat mengekalka­n gaya hidup aktif dengan sebahagian daripada 70 kemudahan yang tersedia.

Ini termasukla­h sebuah kolam renang, gimnasium akua, kolam bola keranjang, gelanggang futsal, taman buaian, stesen perak, stesen gimnasium luar, jakuzi, laman perkelahan, taman pagar sesat, gelanggang bola keranjang, trek jogging dan lain-lain lagi.

Lokasinya yang strategik meletakkan LBS SkyLake Residence hampir dengan kawasan kejiranan lain yang lebih matang termasuk Puchong, Sunway, Putrajaya dan Cyberjaya.

Untuk pilihan yang lebih banyak, penghuni kediaman boleh memilih untuk memandu ke pelbagai pusat beli-belah dan hotel, pusat pelanconga­n serta institusi pendidikan dan pusat perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia