Harian Metro

25 korban kebakaran

-

Dhaka: Pihak berkuasa mengesahka­n 25 orang terbunuh dalam kebakaran Menara FR setinggi 22 tingkat di Banani, di sini, termasuk mangsa yang maut akibat terjun bagi menyelamat­kan diri.

Jurucakap bomba, Mohsin Ali berkata, anggota penyelamat masih lagi meneruskan operasi mencari di seluruh bangunan terutama di bahagian paling teruk terjejas di tingkat lapan hingga 10.

Sebahagian mangsa terperangk­ap terselamat dengan melungsur turun menggunaka­n tali namun ada yang bertindak terjun dari tingkat atas.

Menurut jurucakap polis, sekurang-kurangnya enam daripada mangsa adalah rakyat Sri Lanka.

“Jumlah mangsa meningkat kepada 25 orang. Kita sudah serahkan 24 mayat kepada ahli keluarga,” kata Timbalan Komisioner Polis Metropolit­an Dhaka, Mostak Ahmed.

Menurutnya, polis akan bertemu dengan pemilik Menara FR berikutan dakwaan bangunan itu kekurangan peralatan mencegah kebakaran, laluan kecemasan tidak menepati undang-undang dan ubah suai haram.

Setakat ini, belum ada laporan mangsa hilang, namun lebih 70 orang dirawat di hospital.

Kebakaran Menara FR berlaku pada tengah hari Khamis lalu dengan puluhan mangsa yang terperangk­ap berlari naik ke bumbung sebelum diselamatk­an dengan helikopter. - AFP

 ??  ?? ANGGOTA bomba menyelamat­kan seorang mangsa yang terperangk­ap. - Agensi
ANGGOTA bomba menyelamat­kan seorang mangsa yang terperangk­ap. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia