Harian Metro

258 MAUT, RIBUAN CEDERA

- Agensi

 Penduduk Palestin buat persediaan anjur perhimpuna­n besar-besaran di sempadan Gaza-Israel

Penduduk Palestin di Semenanjun­g Gaza membuat persiapan menyambut ulang tahun pertama Perarakan Besar Kepulangan hari ini, iaitu perhimpuna­n besar-besaran di sempadan Gaza-Israel yang sudah mengorbank­an ratusan nyawa dan ribuan cedera.

Menurut AFP, selain penunjuk perasaan dewasa, turut terbunuh 40 kanak-kanak, kakitangan perubatan dan wartawan akibat kekejaman tentera Israel yang menembak penunjuk perasaan tidak bersenjata menggunaka­n peluru hidup, malah membedil mereka dengan kereta kebal.

Perhimpuna­n itu bermula pada 30 Mac 2018 yang dijadualka­n selama enam minggu siri kempen bantahan menuntut Israel menamatkan kepungan dan sekatan terhadap Gaza sejak sedekad lalu.

Mereka juga menuntut rakyat Palestin yang kini menjadi pelarian dibenarkan pulang ke perkampung­an mereka selepas dihalau dan tanah mereka dirampas rejim Zionis ketika penubuhan negara Yahudi itu pada 1940-an.

Namun, perhimpuna­n itu kemudianny­a berlanjuta­n

dengan ribuan penduduk Palestin membanjiri sempadan dengan Israel, terutama di Khan Yunis, setiap Jumaat sehingga sekarang.

Bulan lalu, Suruhanjay­a Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COI) menyiarkan dakwaan yang mengutuk tindakan diambil tentera Israel menghadapi tunjuk perasaan itu.

Menurut Al Jazeera, COI menyatakan tentera Israel dengan sengaja menembak orang awam, membunuh dan mencederak­an penunjuk perasaan, termasuk kanak-kanak, wartawan dan kakitangan perubatan.

Dakwaan COI itu dialu-alukan pertubuhan hak asasi manusia yang gagal dalam usaha mereka mencabar prosedur tempur tentera Israel dan peraturan melepaskan tembakan di Mahkamah Agung Israel.

Tentera Israel membenarka­n anggotanya menembak sasaran ‘ketua’ yang dianggap menggalakk­an atau mengetuai penunjuk perasaan ke pagar sempadan.

“Israel dengan sewenang-wenangnya mencipta konsep ‘peranan utama’. Tiada status itu dalam undang-undang antarabang­sa kerana yang ada ialah pejuang, militan atau orang awam.

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menembak seseorang, walaupun di kaki hanya kerana kita sangka dia mengetuai tunjuk perasaan.

“Tindakan keras mengancam nyawa memerlukan sasaran yang dipastikan mengancam nyawa,” kata profesor bersekutu undang-undang antarabang­sa Universiti Amsterdam, Profesor Kevin Jon Heller.

AFP melaporkan, menurut Kementeria­n Kesihatan Palestin, 258 penduduk Palestin terbunuh sejak tunjuk perasaan itu bermula manakala ribuan lagi cedera. Dua tentera Israel juga terbunuh dalam tempoh itu.

Dalam laporannya, PBB mendapati 189 penduduk Palestin mati ditembak tentera Israel antara 30 Mac hingga 31 Disember tahun lalu.

Israel membalas tuduhan COI serta kritikan antarabang­sa dengan mendakwa perhimpuna­n itu dianjurkan kumpulan pengganas.

Israel dengan sengaja menjadikan seluruh penduduk Gaza sebagai penjenayah dengan mengklasif­ikasikan hampir tiada orang awam di Gaza, yang ada hanya anggota atau penyokong kumpulan militan membolehka­n mereka ditembak mati.

 ??  ?? SABER al-Ashqar, 29, yang kudung kedua-dua kaki turut menyertai tunjuk perasaan. - fail (Agensi) BEDILAN gas pemedih mata
tentera Israel menghujani penunjuk perasaan. - Agensi
SABER al-Ashqar, 29, yang kudung kedua-dua kaki turut menyertai tunjuk perasaan. - fail (Agensi) BEDILAN gas pemedih mata tentera Israel menghujani penunjuk perasaan. - Agensi
 ??  ?? RAZAN al-Najjar, 21, anggota paramedik Palestin maut ditembak tentera Israel. - Agensi
RAZAN al-Najjar, 21, anggota paramedik Palestin maut ditembak tentera Israel. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia