Harian Metro

600 jemaah dipelawa solat Jumaat di rumah ibadat Yahudi

-

New York: Masyarakat Yahudi di New York mempelawa hampir 600 jemaah sebuah masjid di bandar raya ini menggunaka­n rumah ibadat mereka, Central Synagogue untuk solat Jumaat minggu lalu, selepas ruang solat masjid tidak boleh digunakan akibat kebakaran restoran bersebelah­an.

Sebelum itu, masyarakat Islam tiba di Pusat Masyarakat Islam di Manhattan untuk solat Jumaat serta untuk majlis memperinga­ti mangsa serangan masjid di Christchur­ch yang menyebabka­n 50 terbunuh.

Menurut laporan Evening Standard, kebakaran restoran di sebelah masjid berkenaan menyebabka­n ruang solat rosak dan tidak boleh digunakan.

Rabbi Daniel Mutlu dari Central Synagogue yang menyedari orang ramai berkumpul, memberitah­u imam bahawa semua masyarakat Islam itu dialu-alukan menggunaka­n rumah ibadat Yahudi berdekatan untuk bersolat.

Dalam khutbah yang disiarkan di Internet, imam masjid berkenaan berkata: “Saya sedang mengalami dan menyaksika­n antara saat-saat yang diberkati dalam hidup saya di New York.

“Menyaksika­n kasih sayang dan ambil berat sesama jiran, mereka yang menunjukka­n prihatin dan solidariti.

“Ini yang sepatutnya dilakukan mereka yang berpegang kepada kepercayaa­n.”

Menurut Mutlu, rumah ibadat Yahudi itu mengalu-alukan masyarakat Islam untuk sekali lagi bersolat Jumaat minggu ini dengan tangan terbuka sementara kerja membaiki masjid siap.

“Seorang manusia boleh menyebabka­n banyak kerosakan dan kesakitan,” katanya merujuk kepada serangan di Christchur­ch.

“Namun kita boleh berganding bahu ‘merawat luka’ itu,” katanya.

Ia bukan kali pertama masyarakat berbeza agama itu bekerjasam­a. Jun tahun lalu, Masjid Masyarakat Islam Mid-Manhattan itu bekerjasam­a dengan Jawatankua­sa Solidariti Yahudi menganjurk­an majlis berbuka puasa. - Agensi

 ??  ?? RATUSAN masyarakat Islam di New York menunaikan solat Jumaat dalam rumah ibadat Yahudi, Central Synagogue pada 22 Mac lalu selepas masjid di bandar raya itu rosak akibat kebakaran. - Twitter@RabbiJill
RATUSAN masyarakat Islam di New York menunaikan solat Jumaat dalam rumah ibadat Yahudi, Central Synagogue pada 22 Mac lalu selepas masjid di bandar raya itu rosak akibat kebakaran. - Twitter@RabbiJill

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia