Harian Metro

‘Dapatkan pembelaan’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Kita sering mendengar artis dimanipula­si pihak tertentu yang mahu mencari keuntungan atau mencipta populariti secara mudah.

Mereka kononnya mahu menjalin kerjasama dalam sesuatu projek membabitka­n artis, namun kemudian sewenang-wenangnya menganiaya artis itu apabila tidak membayar keuntungan seperti dijanjikan.

Satu pihak lain pula, mahu melariskan jenama keluaran mereka apabila mengaitkan­nya dengan artis tetapi tidak membayar harga yang setimpal.

Namun sikap menindas mereka akhirnya memakan diri apabila artis yang menjadi mangsa bangkit dengan membawa kes ini ke mahkamah.

Cuit Sikit mendapatka­n pandangan artis berkenaan isu hangat yang tidak berkesudah­an dalam industri seni tanah air ini.

AISHAH

“Bagi saya, bukan artis saja tetapi semua orang patut bangkit bersuara kalau hak mereka diambil atau tidak ditunaikan.

Semua orang patut mendapat pembelaan.

Cuma artis ini lebih nampak di mata masyarakat berbanding orang biasa.

Bagi saya, kalau kita ada masalah yang tak dapat diselesaik­an menerusi rundingan secara baik, undang-undang adalah langkah seterusnya yang perlu diambil.

Dalam kes saya pula, saya teraniaya kerana sudah buat sebaik mungkin dan penaja juga sudah dapat keuntungan daripada pembabitan artis.

Sepatutnya ia jadi situasi menang-menang apabila mereka dapat pendedahan dan kami dapat apa yang dijanjikan.

Bagaimanap­un, keadaan sebaliknya pula berlaku dan apabila tak ditunaikan, patutlah tindakan ini dibuat.”

AWAL ASHAARI W& SCHA AL YAHYA

“Artis perlu buat begini bukan nak untung tapi menuntut hak yang sudah dilaburkan. Ia juga perlu untuk memberi pengajaran kepada pihak lain supaya menjalanka­n perniagaan secara jujur.

Kami sudah banyak kali ditipu apabila ada pihak ambil kesempatan. Jadi, saya tak mahu lagi dipijak. Cukup semua ini dan sampai waktu saya perlu bertindak.

Kepada pengeluar produk dan ahli perniagaan, carilah rezeki dan berniaga dengan berhemah, jujur serta jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain.

Sebaik-baiknya artis perlu memahami isi kandungan dan terma perjanjian. Apabila ada perjanjian memang kena buat penelitian.

Jangan disebabkan terlalu teruja nak berniaga hingga alpa dan terlepas pandang terma penting.

Nasihat saya kepada semua yang nak memulakan perniagaan, dapatkan khidmat peguam. Pastikan baca dan fahami kontrak sebelum yakin untuk meneruskan perjanjian.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia