Harian Metro

‘nasib baik sempat’

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Aman ganti kad kahwin fizikal kepada versi digital apabila ada masalah percetakan dan rekaan

Debaran pasti dirasai apabila bakal memikul tanggungja­wab sebagai suami, imam dan ketua keluarga.

Namun, bagi Aman Nassim, 29, yang bakal menamatkan zaman bujang pada 6 April depan kekal optimis tanpa sebarang tekanan.

Pelakon dan penyanyi ini bakal bernikah dengan pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Hidayah Mohd Idrus, 33, selepas setahun menjalin hubungan.

“Setakat ini, persiapan sudah lebih 80 peratus, selebihnya hanya menghantar jemputan kepada saudara-mara dan rakan saja.

“Namun, saya berdepan sedikit masalah apabila kad kahwin tidak sempat siap kerana masalah percetakan dan rekaan,” katanya.

Katanya, kad yang sepatutnya dicetak itu ada masalah salah rekaan dan ejaan nama.

Aman pada awal mahu mengedarka­n kad itu kerana mahu mengekalka­n tradisi jemputan menggunaka­n kad fizikal.

Disebabkan ada kesalahan itu, ia ambil masa untuk menyunting dan mencetak semula dan terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Mujurlah dia sempat menyiapkan kad kahwin digital dan mengedarka­nnya kepada semua jemputan sejak minggu lalu.

“Malu jugalah kalau edar kad yang tidak sempurna kepada tetamu tetapi saya reda dan optimis kerana tidak mahu mencacatka­n majlis itu nanti.

“Ada juga beberapa pihak yang menawarkan diri menaja perkahwina­n ini tetapi saya menolak dengan baik kerana mahu bayar semua khidmat yang akan digunakan kelak,” katanya.

Selain itu, dia juga berdepan cabaran merealisas­ikan segala persiapan hari bersejarah itu dalam tempoh dua bulan saja.

Penyanyi yang pernah muncul dengan single Tunjukkan Ku Bintang tahun lalu itu berkata ramai yang bertanya kenapa dia tergesages­a.

Jelas Aman, bapanya menghidap kanser dan dia mahu mempercepa­tkan majlis perkahwina­nnya.

“Bukan tergesa-gesa, sebenarnya benda baik tak elok dilengah-lengahkan. Lagipun, saya memikirkan tahap kesihatan ayah. Alhamdulil­lah, keluarga serta rakan menyokong dan banyak membantu saya.

“Sokongan mereka mengurangk­an tekanan dalam menyediaka­n semua persiapan,” katanya.

Kurang seminggu lagi bakal bergelar raja sehari, Aman risau apabila demam sejak beberapa hari lalu.

“Saya cuba jaga kesihatan dan kekal positif demi hari bahagia nanti. Saya mahu keluarga dan rakan hadir memeriahka­n majlis pernikahan saya nanti,” katanya.

Pasangan itu bakal diijab kabul pada sebelah pagi di kediaman Hidayah di Hulu Langat dan majlis resepsi akan berlangsun­g di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras pada sebelah malamnya.

 ?? FOTO ?? AMAN dan Hidayah bakal disatukan 6 April depan.
FOTO AMAN dan Hidayah bakal disatukan 6 April depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia