Harian Metro

IKEA tawan wilayah utara

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Gedung Batu Kawan bukan saja jual barangan unik, tetapi juga khidmat

nasihat kepada pelanggan

Melihat susun atur ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik air dan bilik si kecil yang dipenuhi kelengkapa­n serta perabot moden dengan rekaan terkini, cukup mengujakan.

Pemilihan warna bagi ruang juga menyenangk­an, secara tidak langsung memberi idea serta menjadi inspirasi saat ingin mengubah suai dekorasi kediaman.

Ia juga bagaikan pusat sehenti yang menawarkan bukan saja barangan, tetapi juga khidmat nasihat dan perkhidmat­an lain berkaitan dengan kelengkapa­n rumah.

Itulah yang pastinya dirasai saat mengunjung­i gedung kelengkapa­n rumah ala Sweden, IKEA yang kini meluaskan taklukanny­a di utara Malaysia dengan pembukaan cawangan keempatnya di Batu Kawan, Pulau Pinang selain di Damansara, Cheras dan Johor.

Berkeluasa­n 470,146 kaki persegi, IKEA Batu Kawan bakal mengubah cara masyarakat di utara membeli barangan rumah dengan memperkena­lkan mereka pengalaman membeli-belah unik.

Masuk sahaja pintu utama, kepelbagai­an produk dipamerkan dengan susun atur menarik menggamit hati untuk berbelanja.

Sebelum menaiki eskalator ke bilik pameran, jangan lupa mengambil beg beli-belah kuning untuk memudahkan meletakkan barangan yang dibeli nanti.

Selain membimbit atau menggalas beg belibelah kuning, ia juga boleh dipasang pada troli yang tersedia. Bagi yang membawa anak kecil, troli boleh dijadikan kereta sorong untuk anak supaya lebih mudah dan selamat.

Melengkapk­an pengalaman membelibel­ah yang unik di IKEA, memuat turun aplikasi IKEA Store secara percuma di Google Play atau Apple App Store nyata membantu serta memudahkan.

Ini kerana menerusi aplikasi itu anda boleh memperoleh pelbagai maklumat yang diperlukan di hujung jari termasuk perbelanja­an, susun atur kedai, maklumat produk, tawaran istimewa dan aktiviti terkini yang dijalankan di IKEA saat itu.

Jangan lupa juga untuk mengambil kertas senarai pembelian, pensil dan pita pengukur sebelum berjalan lebih jauh di dalam gedung kelengkapa­n rumah ini yng cukup popular di Malaysia ini.

Bagi yang membawa anak-anak, lebih baik biarkan mereka bermain di SmÂland iaitu kawasan permainan kanak-kanak terletak berhampira­n pintu masuk utama yang menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik buat si kecil.

Ia bukan saja memberikan kegembiraa­n kepada mereka tetapi juga membolehka­n anda mencari barang dan membuat pilihan dalam keadaan tenang.

Jika sudah mempunyai barangan yang diperlukan, jangan membuat pembayaran sehingga anda mendaftar sebagai ahli untuk program kesetiaan IKEA iaitu IKEA FAMILY di kios pendaftara­n atau secara dalam talian.

Ini kerana, sebagai ahli IKEA FAMILY anda dapat banyak penjimatan saat membeli-belah menerusi harga ahli bulanan untuk item terpilih, mengetahui idea terkini, diskaun dan banyak lagi manfaat sepanjang tahun.

Konsep IKEA ialah memudahkan orang ramai menikmati akses mudah untuk memperoleh rekaan perabot terkini ala Sweden, pelbagai fungsi, berkualiti dan harga berpatutan.

Reka bentuk produk yang ditawarkan juga sesuai untuk semua golongan. Namun, apa yang penting, pembeli perlu berfikir di luar kotak untuk menggabung­kan bentuk, fungsi, kualiti, kemampanan dan harga yang rendah untuk memperoleh suasana kediaman yang diimpikan.

Menarik mengenai produk terutama perabot yang ditawarkan adalah ia penggunaan material yang boleh diperbahar­ui dan dikitar semula.

Ia juga adalah produk inovasi dengan kemajuan dalam pembuatan dan reka bentuk yang pintar, pembungkus­an dan pengedaran produk.

Mempunyai lebih

8,000 produk unik dalam julatnya, IKEA Batu Kawan mempunyai 49 ruang pameran yang disesuaika­n bagi memenuhi keperluan tempatan dan sesuai untuk ruang yang kecil.

Ia secara tidak langsung dapat memberi inspirasi ‘Life at Home’ dalam mengubah suai rumah mereka agar nampak lebih menarik dan selesa.

IKEA turut menawarkan barangan harian dari alat memasak, lilin, kain, permaidani, aksesori bilik mandi mentol lampu dan banyak lagi.

Mengunjung­i IKEA bukan sekadar untuk membeli barangan dan di bawa pulang tetapi ia juga menawarkan pelbagai perkhidmat­an termasuk penghantar­an, pemilihan dengan penghantar­an, pemasangan dan pembayaran di i-Kaunter.

Pelbagai perkhidmat­an yang pastinya memudahkan pelanggan termasuk perkhidmat­an menjahit dan pemasangan dapur disamping menawarkan polisi pemulangan barang selama 365 hari turut disediakan.

Selesai membelibel­ah, mengunjung­i Restoran IKEA adalah seksyen yang juga sangat membuatkan ramai pengunjung teruja dek hidangan bebola daging Sweden yang cukup popular itu. Ia boleh menampung sehingga

756 orang sekali gus dan memberi peluang kepada pengunjung menikmati pelbagai pilihan makanan Sweden dengan cita rasa tempatan.

Mula beroperasi dari jam 10 pagi setiap hari, namun jika anda tiba sekitar 9 pagi, bersarapan dengan snek kesukaan anda termasuk karipap, sosej, donat dan banyak lagi.

 ??  ??
 ??  ?? IKEA menawarkan pelbagai pilihan cadar dan sarung bantal untuk seisi rumah.
IKEA menawarkan pelbagai pilihan cadar dan sarung bantal untuk seisi rumah.
 ??  ?? DAPUR yang sempit kelihatan luas dengan pemilihan barangan IKEA yang bersesuaia­n.
DAPUR yang sempit kelihatan luas dengan pemilihan barangan IKEA yang bersesuaia­n.
 ??  ?? CONTOH susun atur bilik si kecil yang boleh dijadikan inspirasi.
CONTOH susun atur bilik si kecil yang boleh dijadikan inspirasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia