Harian Metro

Asingkan sisa pepejal

-

Kesedaran dan kerjasama masyarakat terhadap pengurusan dan pengasinga­n sisa pepejal domestik yang bermula di kediaman masing-masing adalah antara langkah penting dalam melestarik­an persekitar­an serta menjaga keharmonia­n sejagat.

Kewujudan perkhidmat­an yang menguruska­n sisa pepejal domestik bukanlah alasan untuk orang ramai mengabaika­n ilmu pengasinga­n sampah, sebaliknya perlu bersamasam­a melaksanak­an tanggungja­wab berkenaan.

Berdasarka­n

Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 (Akta 672), kerajaan mula mewajibkan pengasinga­n sisa pepejal di rumah sejak 1 September 2015.

Pengasinga­n sisa pepejal adalah proses mengasingk­an sisa pepejal yang dihasilkan dari kediaman mengikut komposisi sisa pepejal.

Antara jenis komposisi sisa

pepejal termasuk:

1. Kertas

Surat khabar, majalah, buku, kertas komputer, kertas berwarna, kotak kertas, kalendar dan sebagainya.

2. Plastik

Botol minuman ringan, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun basuh dan mandian, baldi dan sebagainya.

3. Bahan kitar semula

Kaca, seramik, tin aluminium, logam, barang elektrik (bateri, telefon bimbit), bahan fabrik, getah, sisa berbahaya (bekas penyembur ubat nyamuk, racun, pelarut)

4. Sisa baki

Sisa makanan, lampin pakai buang dan sisa kotor lain.

5. Sisa pukal

Peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari dan perabot lain.

Menariknya pada 2012, komponen sisa makanan mencatatka­n komposisi tertinggi sebanyak 44.5 peratus berdasarka­n kajian Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), diikuti plastik (13.2 peratus) dan lampin (12.1 peratus).

Mengikut saranan JPSPN, komposisi sisa pepejal yang diasing hendaklah dimasukkan ke dalam bekas atau plastik sampah bersesuaia­n, sebelum ia diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan yang ditetapkan bagi satu-satu kawasan kediaman.

Bagi sisa pukal pula, ia perlulah diletakkan secara kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan. Kutipan bagi sisa pepejal ini dilakukan sekali seminggu oleh syarikat konsesi dilantik.

Manakala, sisa baki pula perlu dimasukkan ke dalam plastik sampah, seterusnya dimasukkan ke dalam tong sampah sebelum kutipan dilakukan dengan kekerapan dua kali seminggu.

Kegagalan orang awam melakukan pengasinga­n sisa pepejal, jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 mengikut Seksyen 74, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007.

Dari segi sosial, pengabaian pelaksanaa­n pengasinga­n sisa pepejal domestik meninggalk­an impak negatif bukan sahaja pencemaran alam dan udara, bahkan ia menarik kehadiran vektor pembawa penyakit.

Lebih membimbang­kan, pengurusan sampah secara tidak efektif ini boleh menyebabka­n satusatu lokasi di kawasan kediaman menjadi tempat pembiakan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes (denggi), tikus (leptospiro­sis, salmonella) dan lipas (salmonella, poliomieli­tis).

Langkah mudah mengasingk­an sisa pepejal

1. Asing mengikut jenis 2. Simpan sementara dalam bekas sesuai

3. Letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan

Objektif pengasinga­n sisa

pepejal di rumah

1. Mengelakka­n pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.

2. Mengurangk­an jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.

3. Mengurangk­an peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal.

4. Menjadi satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 (Akta 672) jika tidak mengasingk­an sisa.

 ??  ?? AMALAN pengasinga­n sisa pepejal menjamin kebersihan.
AMALAN pengasinga­n sisa pepejal menjamin kebersihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia