Harian Metro

Juruterapi spa penjara

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Jari-jemari runcing dua juruterapi ini memicit lembut jari dan wajah pelanggan. Gaya Lydia Amah, 30 (kiri) dan Salina Zaini, 29 (keduaduany­a bukan nama sebenar) yang tenang mengusap pantas ke bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu sehingga selesai sesi 30 minit tidak ubah seperti juruterapi lain, menjalanka­n pelbagai perkhidmat­an di pusat rawatan dan kecantikan.

Apa saja rawatan kecantikan yang diminta, mereka boleh lakukan termasuk urutan, rawatan wajah, merias kuku tangan dan kaki serta rambut. Namun apa yang membezakan mereka dengan juruterapi kecantikan lain hanyalah lokasi kerana dua wanita ini berada di Spa Penjara Wanita Kajang, yang sering diberikan stigma negatif oleh masyarakat.

Walaupun gelaran banduan yang diberikan kepada dua pesalah ini membuatkan mereka tidak diterima masyarakat, menerusi latihan kemahiran di bawah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) dengan kerjasama sebuah pusat rawatan kecantikan, ia memberikan sinar baru kepada pesalah untuk meneruskan kehidupan sebaik sahaja menamatkan tempoh hukuman.

Menjelaska­n lebih lanjut, Ketua Inspektor Penjara Wanita Kajang, Ummi Aiman Tajidin berkata, bagi membolehka­n banduan mengikuti kemahiran sekali gus menerima sijil Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) mereka perlu melalui fasa pemilihan.

“Banduan yang berada di sini perlu mengikuti beberapa fasa atau program pemulihan terlebih dulu. Ia membabitka­n orientasi dan pengukuhan sahsiah sebelum diserap ke bahagian program kemahiran.

Antara lain pemilihan juga bergantung kepada baki hukuman yang perlu dihabiskan, halakah dan moral mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia