Harian Metro

Kurangkan panas dengan sebesen air

-

Cuaca panas tentu menyebabka­n individu berasa kurang selesa. Berada dalam bilik berhawa dingin 24 jam juga tidaklah terlalu baik untuk kesihatan kerana akan membuatkan kulit menjadi kering. Jadi bagaimana cara mengatasi rasa bahang melampau ini?

Menurut saranan Family Handman, Amerika Syarikat kira-kira 30 peratus haba yang tidak dikehendak­i oleh badan akan memasuki rumah melalui tingkap yang tidak diturunkan langsirnya.

Dengan menurunkan langsir, kira-kira tujuh peratus haba dapat dikurangka­n sekali gus memberikan rasa dingin.

Ini bermakna suhu dalam rumah dapat disejukkan apabila langsir diturunkan di semua tingkap dan pintu boleh buka.

Selain itu satu lagi cara berkesan adalah dengan meletakkan sebesen air di dalam bilik bagi mengurangk­an kepanasan. Air dikatakan dapat menyerap haba panas sekali gus menyejukka­n ruang. Untuk kesan yang lebih memuaskan gunakan besen yang lebih luas permukaann­ya atau boleh diletakkan dua atau tiga besen untuk rumah yang tiada pendingin hawa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia