Harian Metro

Persediaan bina kehidupan

- DARI MUKA 55

Untuk peringkat pertama bermula 1 Mei 2018, 21 banduan warganegar­a diberikan latihan untuk spa dan salun.

Peserta perlu melalui fasa teori dan praktikal selama 18 bulan. Untuk kelas pembelajar­an, ada ujian yang perlu dilalui dan setiap banduan perlu lulus bagi membolehka­n mereka ke fasa seterusnya.

“Menerusi SLDN ini, setiap pesalah akan melalui proses yang sama dan ketat seperti individu lain yang ingin menjadi juruterapi kecantikan. Oleh itu mereka akan diuji menerusi kefahaman secara bertulis dan selepas lulus barulah akan diserapkan sebagai juruterapi di spa ini selama 12 bulan.

“Jika sebelum ini mereka menjalani rawatan bersama rakan banduan tetapi selepas berada di spa, inilah dunia sebenar mereka,” katanya.

Jelasnya, latihan yang diberikan ini sangat bermanfaat kepada banduan, kerana membolehka­n mereka menerima pelbagai kemahiran bergantung kepada minat masingmasi­ng.

Bukan saja dalam bidang spa dan salun, Penjara Kajang turut menyediaka­n kemahiran jahitan, bakeri dan pastri, pertukanga­n, makanan sejuk beku dan mencanting batik bagi membolehka­n setiap banduan mampu membina kerjaya sendiri serta tidak malu berhadapan masyarakat di luar.

“Selepas dibebaskan pesalah boleh bekerja dalam bidang kemahiran yang mereka pelajari. Sebagai contoh dalam bidang spa dan salun, mereka boleh menjadi juruterapi di kebanyakan pusat rawatan kecantikan atau boleh menjalanka­n perkhidmat­an spa bergerak sendiri.

“Menerusi kemahiran ini ia membantu pesalah tampil di hadapan khalayak tanpa rasa rendah diri seterusnya membina kehidupan mereka sendiri. Apa yang penting mereka perlu ada kemahuan dan keyakinan.

“Berdasarka­n statistik, sudah ramai banduan dapat mengembang­kan kerjaya mereka selepas mengikuti latihan dalam penjara. Ada yang mampu membuka kedai jahit, spa sendiri seterusnya bergelar usahawan berjaya,” katanya.

Jika dulu spa

Penjara Wanita Kajang membenarka­n pelatih terdiri daripada bukan warganegar­a mengikuti program ini tetapi sejak

Mei 2018 hanya banduan warga Malaysia dipilih menyertain­ya. Ia adalah peluang yang cukup bermakna kepada banduan bagi mempunyai kehidupan baru dan membina masa depan apabila dibebaskan kelak.

LYDIA MAHU BUKA

SPA BERGERAK

“Sebelum ini saya langsung tiada kemahiran mengurut dan melakukan rawatan wajah. Tetapi selepas mengikuti SLDN sejak Mei tahun lalu dan ditempatka­n di spa Penjara Wanita Kajang saya sudah mampu ‘melayan’ kehendak pelanggan yang kebanyakan mendapatka­n perkhidmat­an urutan serta rambut,” kata Lydia.

Dia yang menunggu tarikh pembebasan pada 3 Disember 2019 mengakui sangat gembira kerana terpilih mengikuti kursus kemahiran dalam bidang kecantikan. Mulanya dia berasa berat hati memandangk­an tidak pernah terbabit dalam bidang ini tetapi selepas mengikut kursus teori minat mulai datang secara perlahan-lahan.

Menurut Lydia, ketika latihan amali dia melakukan urutan ke atas banduan tetapi selepas berhadapan

 ?? Lydia ?? Ramai terkejut kerana semua juruterapi terdiri
daripada banduan yang mendapat kemahiran di penjara. Stigma negatif langsung tiada. Ini membuatkan
kami lebih bersemanga­t
bekerja
SALINA (kiri) dan Lydia tekun memberikan perkhidmat­an rawatan wajah kepada pelanggan.
Lydia Ramai terkejut kerana semua juruterapi terdiri daripada banduan yang mendapat kemahiran di penjara. Stigma negatif langsung tiada. Ini membuatkan kami lebih bersemanga­t bekerja SALINA (kiri) dan Lydia tekun memberikan perkhidmat­an rawatan wajah kepada pelanggan.
 ??  ?? SALINA gembira dengan kemahiran mengurut dan rawatan wajah yang dipelajari­nya.
SALINA gembira dengan kemahiran mengurut dan rawatan wajah yang dipelajari­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia