Harian Metro

HASIL ‘MANJAKAN’ TANAMAN

- Siti Zarinah Sahib sitzarinah@hmetro.com.my

Melihat tuaian sayursayur­an yang diusahakan Harun Che Man, 47, di halaman rumahnya di Bahau, Negeri Sembilan memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja untuk memulakan aktiviti bercucuk tanam.

Sawi dan kubis dengan ukuran luar biasa berkali ganda saiznya berbanding yang dijual di pasar sudah tentu menimbulka­n rasa teruja serta ingin tahu bagaimana Harun mendapat hasil tanaman ‘secantik’ ini.

Semua sayur-sayuran berukuran gergasi kelihatan segar, dengan daun menghijau lebar dan besar sudah tentu mencukupi untuk dijadikan juadah harian bagi sebuah keluarga kecil.

Menurut Harun, dia mula berkebun sejak tiga tahun lalu sekadar ingin memenuhi masa terluang. Dia yang tinggal di kawasan perumahan teres dengan halaman yang terhad mula memikirkan kaedah sesuai agar dapat menanam beberapa jenis tanaman mengikut kesukaanny­a.

“Saya bukannya tidak minat berkebun tetapi halaman rumah sangat kecil. Jadi saya pendamkan seketika hobi ini sehingga satu hari saya terasa rindu untuk bercucuk tanam.

Jadi di sinilah ia bermula,” ujarnya.

Bermula dengan modal di bawah RM100, Harun membeli beg poli, tanah, bekas semaian, biji benih dan baja dari nurseri. Apabila pulang ke rumah dia memulakan tanaman pertama iaitu sawi dan kailan kerana dua jenis sayuran hijau ini mudah dijaga serta enak dimakan.

“Saya menyediaka­n batas kecil kemudian menabur biji benih di atasnya. Alhamdulil­lah sawi saya mulai membesar dan boleh dipetik apabila sudah matang. Ia cukup menyeronok­kan dan ini menambah keazaman saya untuk mula menanam biji benih berbeza,” katanya.

Menggunaka­n baja organik sepenuhnya tanpa bahan kimia, Harun menghasilk­an sendiri baja ini menggunaka­n lebihan najis kambing dan ayam bersama tanah sawit.

“Selain itu saya turut menggunaka­n larutan mol (mikro organisme tempatan) sebagai penggalak tanaman yang terhasil daripada peraman sisa dapur seperti sayuran, ikan dan buahbuahan yang dicampur gula merah. Apabila bahan-bahan diperam ia akan menghasilk­an baja yang sesuai untuk tanamtanam­an.

“Saya turut menggunaka­n pelbagai jenis mol antaranya kulit kerang dan pisang bersama larutan mikro organisme yang saya hasilkan sendiri,” katanya.

Setakat ini Harun tidak mengalami sebarang masalah berkaitan tanamtanam­annya termasuk serangan serangga dan ulat hasil penggunaan baja organik ini.

Ini mungkin disebabkan penggunaan baja organik dan larutan mikro organisme menjadikan sayur-sayuran lebih sihat dan imun terhadap serangan penyakit serta tahan pada cuaca yang terik.

“Kebiasaann­ya saya menyiram sayur-sayuran dua kali sehari iaitu selepas solat Subuh dan pada jam 6 petang manakala aktiviti membaja dilakukan seminggu sekali,” katanya.

Selain kubis, kailan dan sawi, Harun turut menanam brokoli, halia, pegaga, ulam raja dan kunyit yang sering dipetik untuk kegunaan harian.

Sejak berkebun Harun mengakui dia tidak lagi membeli sayur-sayuran dan tumbuhan herba di pasar sebaliknya hanya memetik di halaman rumah untuk kegunaan harian. Sekurang-kurang ia dapat menjimatka­n bajet keperluan rumah dan menggalakk­an anak makan sayur.

“Sayuran saya juga bebas bahan kimia dan racun perosak jadi kebersihan­nya terpelihar­a,” katanya lagi.

Mengakui apa juga dilakukan memerlukan kesabaran dan disiplin terutama apabila perlu konsisten menyiram dan membaja semua semaian benih. Pokok juga perlu dibelai dan diberikan perhatian supaya ia tidak ‘merajuk’. Bagi yang tiada pengalaman namun ingin mencuba mereka boleh mendapatka­n maklumat menerusi Internet serta bertanya kepada individu yang mempunyai kepakaran dalam tanaman.

Mendapat sokongan keluarga terutama anak, Nurfatihah dan Nurfarzana­h yang rajin membantu menyiram dan memetik sayur-sayuran. Bagi Harun, anak turut terdidik untuk meminati aktiviti berkebun.

“Jika tiada pengalaman bertanya kepada yang lebih arif. Jangan malu,” katanya yang turut mengakui setiap kali memetik kubis dan sawi ada rasa sedih kerana selama ini sayur-sayuran ini menjadi santapan mata dia dan anak-anak pada setiap hari.

Sayur-sayuran lebih sihat

dengan penggunaan baja organik Saya hendak manfaatkan tanah sekangkang kera yang ada ini. Seronok tanam sayur, rasanya lebih segar. Macam kubis yang saya tanam di sini lebih manis rasanya

Tip menanam kubis:

 ??  ?? MENDAPAT bantuan anak bagi menyiram tanaman sayur-sayuran.
MENDAPAT bantuan anak bagi menyiram tanaman sayur-sayuran.
 ??  ?? CILI yang ditanam di halaman rumah.
CILI yang ditanam di halaman rumah.
 ??  ?? SIAPA yang tidak teruja melihat tanaman sebegini subur dan segar?
SIAPA yang tidak teruja melihat tanaman sebegini subur dan segar?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia