Harian Metro

Potongan lebih praktikal

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Koleksi terkini didatangka­n dalam ukuran kompak supaya mudah digayakan

Elegan, intelektua­l dan moden. Tiga perkataan menggambar­kan koleksi beg tangan berjenama mewah Perancis, Louis Quatorze (LQ) apabila memperkena­lkan koleksi musim bunga dan panas 2019 di Metrojaya Midvalley Megamall baru-baru ini.

Jenama yang diasaskan Paul Barrate, pada 1980 mengetenga­hkan koleksi yang lebih berdaya saing ditujukan kepada golongan pertengaha­n hingga profesiona­l.

Mengekalka­n gaya keluarga artisan koleksi ini mencampurk­an rekaan lebih sofistikat­ed menerusi potongan moden dalam usaha menarik lebih ramai wanita menyukainy­a.

Direka untuk semua acara LQ mempertaru­hkan potongan lebih praktikal agar ia boleh dipakai ke pejabat, menghadiri mesyuarat tengah hari atau keluar makan malam bersama si dia.

Walaupun hadir dalam pilihan warna yang terhad tetapi setiap koleksi LQ sangat praktikal kerana didatangka­n dalam ukuran kompak agar mudah digayakan untuk acara kasual santai ke feminin yang elegan, bahkan sesuai buat si aktif yang kerap menghadiri acara libur bersama teman.

Potongan Lily misalnya direka menggunaka­n material kulit hitam, agar sesuai dipadankan untuk semua jenis pakaian.

Menurut Pengarah Global Louis Quatorze Jamie Kim, koleksi musim bunga dan panas 2019 menampilka­n warna yang lebih semula jadi namun menonjolka­n rekaan elegan moden.

“Apa yang kami tekankan adalah kualiti agar jenama ini dapat memperliha­tkan warisan kemewahan kerja tangan yang teliti, gaya Perancis serta memikat,” katanya.

Sejak pelancaran stor konsep pertama di gedung beli-belah Metrojaya Midvalley Megamall pada 2017, jenama ini terus menerima sambutan menggalakk­an sehingga penambahan cawangan di Robinson Four Seasons KL dan Metrojaya Sabah serta aktif menerusi penjualan dalam talian di Zalora dan Shopee bagi memenuhi kehendak pelanggan dekat dan jauh.

Pengurus Dagangan Metrojaya, Derek Yeap berkata, pihaknya berasa gembira apabila jenama ini semakin dikenali sejak bertapak di Malaysia dua tahun lalu.

Pelancaran koleksi musim bunga dan panas 2019 ini menandakan LQ sentiasa memperbaha­rui rekaan bagi memenuhi kehendak wanita yang ingin tampil berbeza dalam semua acara.

Kini, jenama ini boleh didapati di 140 bahagian dan stor, pusat beli-belah terkenal di Perancis, Jerman, Emiriah Arab Bersatu, China, Hong Kong, Malaysia, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan.

 ??  ?? PELANCARAN koleksi musim bunga dan panas 2019 Louis Quatorze.
PELANCARAN koleksi musim bunga dan panas 2019 Louis Quatorze.
 ??  ?? SESUAI untuk ke tempat kerja dan gaya kasual.
SESUAI untuk ke tempat kerja dan gaya kasual.
 ??  ?? WARNA pastel menarik perhatian wanita.
WARNA pastel menarik perhatian wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia