Harian Metro

EDISI ISTIMEWA rai ulang tahun ke-20

-

Dua puluh tahun lalu,

Levi’s memperkena­lkan Levi’s Engineered Jeans, satu pendekatan inovatif pada denim menggunaka­n pintalan lipatan sisi dan jahitan ‘dart yoke’ bagi menghasilk­an busana lebih ergonomik

Rekaan ini tampil lebih realistik dan menjanjika­n keselesaan serta kebebasan pergerakan buat si pemakai. Ketika dilancarka­n pada 1999, Levi’s Engineered Jeans mencatat kejayaan besar bukan saja dari segi pemakaiann­ya, malah stail progresif yang ditampilka­n.

Meraikan ulang tahun ke-20, Levi’s Engineered Jeans hadir menerusi edisi istimewa musim bunga dan panas 2019 dengan kempen bergerak secara bebas menampilka­n ikon Jepun Takuya Kimura yang muncul sebagai duta original Levi’s Engineered Jeans pada 1999.

Kini, 20 tahun kemudian, pemuzik Cina, Leah Dou, menyertai Takuya sebagai ikon Generasi II, yang memperkena­lkan jean ikonik ini kepada generasi baru. Dikenali dengan tahap keyakinan tinggi dan stail peribadi yang berani, Takuya dan Leah membintang­i iklan ulang tahun ke-20 koleksi ini, sambil menggayaka­nnya dengan cara paling asli dan ekspresif.

Seiring dengan Engineered Jeans, turut diperkenal­kan ialah Engineered Knit untuk lelaki yang sesuai dipadankan dengan kemeja-T dan jaket ‘trucker’. Tampil dengan denim, kemeja-T dan kemeja koleksi ini kini boleh didapati pada harga RM69 ke RM399.

 ??  ?? KOLEKSI Engineered Jeans.
KOLEKSI Engineered Jeans.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia