Harian Metro

Ter Stegen setaraf Neuer

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Sebelum ini ramai yang sangsi dengan kemampuan penjaga gol, Marc Andre Ter Stegen, terutama selepas dia dibandingk­an dengan kehebatan Manuel Neuer.

Bagaimanap­un, legenda Jerman Franz Beckenbaue­r percaya bahawa tonggak Barcelona itu akhirnya berjaya menyamai tahap Neuer.

Beliau yang juga dikenali sebagai pemain terbaik sepanjang zaman percaya bahawa jurang antara kedua-dua penjaga gawang berkenaan sangat kecil.

Malah lima sebab disenaraik­annya yang membuatkan Ter Stegen tidak boleh dipandang sepi kali ini dan dalam masa sama bakal mendatangk­an kesukaran buat pasukan negara lain.

Antara sebab paling utama ialah sejak 2016,

Ter Stegen adalah penjaga gol nombor satu Barcelona sehingga ke kini.

Pemain berusia 27 tahun ini juga mempunyai reputasi selaku penjaga gol terbaik di dalam dunia yang tenang untuk menampan rembatan percubaan lawan.

Selain itu, dia juga antara penjaga gol terbaik di La Liga apabila tidak melepaskan sebarang gol dalam 11 perlawanan dan berada di belakang Jan Oblak (Atletico Madrid) dengan rekdod 15 tanpa bolos.

Faktor keempat pula ramai yang sudah mengkritik Neuer yang dibayangi dengan masalah kecederaan.

Akhir sekali ialah kepercayaa­n jurulatih Jerman sendiri, Joachim Low terhadap kemampuan Ter Stegen.

Selepas kecederaan di tulang tapak kaki,

Neuer terlepas peluang untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama Bayern Munich bermula April 2017 hingga April 2018.

Ketika itu peluang diberikan kepada Ter Stegen untuk mengisi kekosongan dan membantu skuad yang terkenal dengan gelaran Die Mannschaft.

Sebelum ini Low masih lagi menaruh kepercayaa­n kepdaa Neuer walaupun beberapa pemain veteran seperti Jerome Boateng,

Mats Hummels dan Thomas Muller tidak menjadi pilihan dalam skuad Jerman.

Beckenbaue­r juga sebelum ini berfikiran seperti Low bahawa Neuer masih lagi berhak untuk menjaga gawang juara Piala Dunia 2014 itu, namun sekarang kualiti antara kedua-dua pemain itu hampir sama.

“Ter Stegen sudah menunjukka­n peningkata­n mendadak namun sebelum ini dia hanya diberi peluang selepas Neuer cedera.

“Neuer akan terus berusaha dan menjadi pilihan nombor satu, saya juga masih mempercaya­i kemampuann­ya tapi Ter Stegen tidak akan menyerah kalah,” kata Beckenbaue­r.

 ??  ?? PROFIL
Nama penuh: Marc Andre Ter Stegen Tarikh lahir: 30 April 1992
Tempat lahir: Monchengla­dbach, Jerman
Tinggi: 187sm
Posisi: Penjaga gol Kelab semasa: Barcelona
Nombor jersi: 1 Pasukan kebangsaan: Jerman (22 caps)
PROFIL Nama penuh: Marc Andre Ter Stegen Tarikh lahir: 30 April 1992 Tempat lahir: Monchengla­dbach, Jerman Tinggi: 187sm Posisi: Penjaga gol Kelab semasa: Barcelona Nombor jersi: 1 Pasukan kebangsaan: Jerman (22 caps)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia