Harian Metro

ARENA

- AFP

 McIlroy kekal tidak tewas, Woods berdepan laluan getir

Rory McIlroy kekal tidak tewas manakala Tiger Woods pula berdepan laluan sukar sambil juara bertahan, Bubba Watson dan juara dua kali, Jason Day tersingkir daripada Kejohanan WGC-Match Play.

Kejohanan di Austin itu disertai 64 pemain termasuk yang menduduki tangga teratas ranking dunia dan berlangsun­g selama tiga hari mengikut format berkumpula­n sebelum baki 16 pemain beraksi secara kalah mati untuk menentukan juara.

Pilihan keempat, McIlroy mengatasi pemain pilihan ke-47 dari Afrika Selatan, Justin Harding 3&2 selepas dia melakukan eagle di lubang 12 dan 16 serta birdie di lubang 15. Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut McIlroy di kejohanan kali ini.

“Salah satu perkara besar yang berlaku beberapa hari ini ialah kemampuan saya untuk bangkit. Saya bangkit pada masa tepat. Saya membuat pukulan baik apabila diperlukan dan putt saya juga menjadi ketika ia bakal menentukan hala tuju perjuangan saya.

“Saya mengambil peluang yang ada,” kata McIlroy.

McIlroy yang tidak pernah ketinggala­n sepanjang dua hari ini, hanya perlu seri dengan pilihan ke-32, Matthew Fitzpatric­k hari ini untuk ke pusingan seterusnya.

(gambar)

Brandt Snedeker pula menewaskan juara 14 kejohanan utama, Woods 2&1 untuk berkongsi pendahulua­n dengan Patrick Cantlay yang mengalahka­n Aaron Wise 4&2.

Untuk layak ke peringkat kalah mati acara Match Play pertamanya sejak 2013, Woods perlu mengalahka­n Cantlay sambil mengharapk­an Wise tewas atau seri dengan Snedeker.

“Kami masing-masing melakukan beberapa kesalahan tetapi dia mencatat kesilapan yang lebih sedikit berbanding saya,” kata Woods. “Apa yang boleh saya buat sekarang ialah mendapat mata esok dan kita tengok sama ada ia mampu mengubah keadaan.”

Sementara itu, Watson tersingkir selepas tewas 2&1 di tangan Billy Horschel manakala pilihan ke-12, Day dikalahkan pemain Sweden, Henrik Stenson 4&3.

Stenson akan menentang Jim Furyk yang sebelum itu mengatasi Phil Mickelson.

Dalam satu lagi aksi, bintang China, Li Haotong menundukka­n pilihan ketiga, Brooks Koepka sekali gus mengakibat­kan pemain Amerika Syarikat berkenaan tersingkir.

Pemain Australia, Marc Leishman mengalahka­n pemain Acotland, Russell Knox manakala bintang Thailand, Kiradech Aphibarnra­t mengetepik­an pilihan keenam dari Amerika Syarikat, Bryson DeChambeau.

 ??  ?? MCILROY (tengah) melakukan pukulan pasa pusingan kedua di Kejohanan WGC-Match Play.
MCILROY (tengah) melakukan pukulan pasa pusingan kedua di Kejohanan WGC-Match Play.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia