Harian Metro

Mei Kuan, Meng Yean ke separuh akhir

-

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menempah slot ke separuh akhir Terbuka India selepas mengalahka­n pasangan Thailand Chayanit Chaladchal­am-Phataimas Muenwong di suku akhir, semalam.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan ketiga mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-12 dan bakal berdepan satu lagi pasangan Thailand, Jongkolpha­n Kititharak­ul-Rawinda Prajongjai.

Kititharak­ul-Prajongjai berjaya mara ke separuh akhir selepas mengalahka­n pasangan tuan rumah, Aparna Balan-KP Sruthi 21-8, 21-11.

Menurut Meng Yean, aksi semalam sangat konsisten dan sudah melakukan persiapan awal untuk berdepan pilihan kelapan kejohanan itu.

“Esok (hari ini) sekali lagi kami akan berdepan pasangan Thailand dan kami sentiasa berjuang habis-habisan kerana wakil dari negara berkenaan bukan mudah untuk ditundukka­n. Saya rasa mereka juga berdepan situasi sama ketika menentang kami,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Mei Kuan-Meng Yean yang ketika ini menduduki ranking ke-17 dunia, mengakui mara ke separuh akhir Terbuka India sekurang-kurangnya memberi mereka kekuatan moral menjelang Terbuka Malaysia minggu depan.

“Selepas ini akan ada kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan kami harus terus kekal konsisten dan kuat dari segi mental. Jadi, saya rasa ini permulaan baik buat kami,” katanya.

Sementara itu, satu lagi pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen terkandas di suku akhir selepas tumpas kepada Della Destiara Haris-Tania Oktaviani Kusumah dari Indonesia 21-16, 14-21, 12-21.

Turut tersingkir di suku akhir ialah pasangan profesiona­l beregu lelaki, Arif Latif-Azriyn Ayub yang kalah kepada wakil Indonesia, Ricky Karandasuw­ardi-Angga Pratama 28-21, 21-14, 17-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia