Harian Metro

Malaysian Tigress pinjam Farah

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penjaga gol skuad hoki negara, Farah Ayuni Yahya akan membantu Malaysian Tigress menghadapi lima perlawanan persahabat­an bertemu pasukan nombor satu Asia, India bermula 4 April ini.

Ketua jurulatih skuad hoki negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui khidmat Farah yang pernah mendapat status penjaga gol terbaik Asia itu amat penting dalam usaha pasukannya meraih keputusan terbaik sepanjang lima perlawanan itu nanti.

Farah ketika ini beraksi dalam Liga Hoki England bersama kelab East Grinstead yang bakal turun pada perlawanan terakhir liga bertemu Clifton Robinsons hari ini.

“Kami mungkin dapat menggunaka­n khidmat Farah untuk empat perlawanan saja. Bagi perlawanan terakhir bertemu India dia sudah pulang semula ke England bersama kelabnya untuk menghadapi pusingan kalah mati selepas berakhirny­a saingan liga,” katanya.

Sementara itu, Dhaarma berkata, selain Farah, semua anak buahnya cukup teruja untuk bertemu India.

“Bayangkan sejak Sukan Asia, Ogos tahun lalu, sudah hampir tujuh bulan pemain tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif. Sudah tentu daripada lima perlawanan bertemu India ini kami akan dapat mengenalpa­sti kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Ia sebagai persiapan terbaik sebelum menghadapi Pusingan Akhir Siri FIH di Dublin, Jun depan,” katanya.

Empat lagi perlawanan persahabat­an menentang India adalah pada 6, 8, 10 dan 11 April dengan semua perlawanan berlangsun­g di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

>>Arif Latif-Azriyn Ayub gagal ke separuh akhir selepas tewas kepada wakil Indonesia

 ??  ?? FARAH perkasa Malaysian Tigress untuk lima perlawanan persahabat­an.
FARAH perkasa Malaysian Tigress untuk lima perlawanan persahabat­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia