Harian Metro

JIN WEI BEBAS HAMSTRING

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Pemain perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei mendapat lampu hijau untuk turun beraksi di Terbuka Malaysia minggu depan selepas kecederaan hamstring yang dialami tiga minggu lalu disahkan pulih sepenuhnya oleh doktor.

Menurut pemain berusia 19 tahun itu, dia sekarang ini berasa kurang terganggu demasalah ngan kecederaan, tapi belum berada pada tahap terbaik.

“Mungkin tahap saya sekarang ini baru 80 peratus, tapi saya masih mempunyai masa beberapa hari untuk meningkatk­an kecergasan. Selepas itu saya bersedia un

tuk turun beraksi,” katanya.

Ujar juara dua kali Kejohanan Remaja Dunia itu, dia sekarang ini berazam untuk memberikan aksi terbaik di Arena Axiata, sekali gus melupakan kekecewaan tumpas di pusingan pertama Seluruh England awal bulan ini.

“Saya sebenarnya mahu menebus kekecewaan minggu depan selepas kecewa dengan apa yang berlaku di Eropah. Jika diberi pilihan saya memang mahu menukar aksi separuh akhir Terbuka Jerman dengan Seluruh England. Bagaimanap­un, sudah tidak ada guna untuk memikirkan perkara lalu. Sekarang saya harus pandang ke depan dan memberikan kegembiraa­n buat penyokong di Terbuka Malaysia,” katanya yang menduduki ranking ke-25 dunia.

Jin Wei selesa beraksi di depan penyokong sendiri apabila menumpaska­n Akane Yamaguhci dari Jepun dan He Bingjiao (China) sebelum tumpas di separuh akhir kepada bintang Thailand, Ratchanok Intanon di Masters Malaysia, Januari lalu.

Satu lagi berita yang menggembir­akan Jin Wei ialah mungkin pemain nombor sembilan dunia dari India,

Saina Nehwal akan menarik diri akibat sakit di bahagian perut sehingga tidak beraksi di

Terbuka India minggu ini.

 Sandaran perseorang­an wanita sah sertai Terbuka Malaysia

Jika melepasi halangan pusingan pertama menentang Nitchaon Jindapol dari Thailand, Jin Wei dijangka berdepan Saina di pusingan kedua.

“Tidak kisah sama ada dia (Saina) akan datang atau tidak. Ia tidak memberi sebarang perubahan. Saya tetap perlu memberikan aksi terbaik di setiap pusingan. Selain Jin Wei, seorang lagi perseorang­an wanita negara yang akan beraksi di kejohanan yang bermula dari 2 hingga 7 April ini ialah Soniia Cheah dan dia akan berdepan Yamaguchi di pusingan pertama.

 ??  ?? JIN WEI mahu tebus kekecewaan di Eropah dengan beraksi cemerlang pada Terbuka Malaysia.
JIN WEI mahu tebus kekecewaan di Eropah dengan beraksi cemerlang pada Terbuka Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia