Harian Metro

LEMAH URUS PASUKAN

-

 Tunggakan gaji belenggu pemain menunjukka­n sikap tak profesiona­l kelab

Soalan (S): Kemelut tunggakan gaji membelengg­u bola sepak negara bukan perkara baharu. Secara umum bagaimana Dr Wirdati melihat isu ini?

Jawapan (J): Di Malaysia hanya ada satu bidang sukan profesiona­l iaitu bola sepak yang mana pemain dibayar gaji sebab bermain. Saya lihat tanggungja­wab persatuan (bola sepak) berat, tidak lagi boleh diurus secara konvension­al atas dasar persatuan yang tidak bermotif keuntungan dan sukarela sebab wujud tanggungja­wab dari sudut perundanga­n kepada pemain.

Yang utama ia juga menunjukka­n kelemahan pengurusan persatuan yang tidak boleh mengurus dengan baik dari segi kewangan hingga menyebabka­n gaji tidak boleh dibayar. Ia bukan perkara yang boleh diambil mudah apabila ada kes pemain terpaksa jadi nelayan dan sebagainya atas desakan kehidupan. Banyak pengetahua­n mengenai pengurusan industri sukan bola sepak di peringkat persatuan dan pemahaman tanggungja­wab pemain sendiri tidak diterangka­n dan terakhir, aspek penguatkua­saan.

S: Apa hak pemain berhubung isu tunggakan gaji ini yang belum selesai?

J: Dari segi perundanga­n sukan pemain terbabit ada hak untuk membawa perkara itu kepada FAM sebagai badan tertinggi pengurusan sukan bola sepak negara. Saya difahamkan Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) juga menjuarai isu ini dan membawa kes-kes seperti ini kepada FAM dan cuba menyelesai­kannya.

FAM juga ada mekanisme untuk dengar perkara ini melalui Jawatankua­sa Status yang pernah saya anggotai daripada 2010 hingga 2017. Menariknya, bagi pemain luar negara, kes seperti ini boleh terus bawa kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Itu isu yang genting kerana babitkan FAM. Daripada segi hak pemain, mereka kena selesaikan ikut mekanisme dalam kerangka urus tadbir FAM sebelum boleh bawa ke mahkamah sivil. Tapi itu jarang berlaku kerana kebiasaann­ya persatuan cuba selesai.

S: Biarpun FAM sudah mengeluark­an notis arahan pembayaran tunggakan gaji, majikan atau pasukan terus ingkar. Boleh ulas?

J: Saya rasa isu pematuhan bukan kerana tidak mahu, tapi kerana tidak mampu. Perkara ini agak kritikal kerana babitkan hak disebut dalam perjanjian tadi. Perjanjian itu boleh berkuat kuasa di mahkamah biasa tapi masih ada struktur penyelesai­an di peringkat FAM yang menyebabka­n, pada andaian saya, persatuan cuba ‘beli masa’.

Saya rasa semua persatuan cuba selesai tapi sukar kerana pengurusan yang tidak profesiona­l. Mungkin banyak persatuan tidak suka kenyataan saya ini. Untuk berlaku adil pengurusan persatuan sangat kritikal diperbaiki dan jalan ke arah itu sudah bermula, apabila Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) keluarkan garis panduan pelesenan kelab.

Kriteria untuk kelab bertanding di Liga Perdana, Liga Super dan AFC perlu penuhi semua enam syarat bagi mendapatka­n lesen FAM termasuk kedudukan kewangan persatuan.

Jalan terhadap profesiona­lisasi sedang bermula, biarpun tidak dapat menjawab semua isu gaji, harap ada alternatif lebih baik, jika bukan sekarang, pada masa depan.

S: Bolehkan pemain saman majikan atau persatuan berkaitan isu tunggakan gaji?

J: Boleh sebenarnya, tapi persatuan bola sepak negeri adalah ahli gabungan FAM maka tertakluk secara perundanga­n sukan kepada Peraturan FAM, AFC dan FIFA. Kena selesaikan di dalam Kerangka Urustadbir FAM.

Jika masih tidak puas hati tidak mengapa, boleh bawa ke mahkamah sivil.

Tapi tidak ramai tahu.

S: Adakah persatuan bola sepak di Malaysia dianggap profesiona­l?

J: Pada saya tidak. Sebab itu ada saranan di bawah bahagian pelesenan kelab AFC untuk memastikan hanya kelab bola sepak yang bertanding dalam Liga AFC dan bukan persatuan bola sepak. Kelab itu akan diuruskan secara korporat/komersial. Persatuan bola sepak ini tujuannya untuk mentadbir urus pembanguna­n bola sepak, jadi bagaimana hendak bertanding dalam liga. Tapi persatuan ini boleh ada banyak kelab untuk bermain dalam liga, tiada masalah.

Isunya, kita selalu kaitkan bola sepak di Malaysia dengan pasukan negeri. Contoh di bawah Persatuan Bolasepak Terengganu ada banyak kelab, timbul isu siapa yang akan mewakili negeri? Isu lain termasuk kebimbanga­n hilang kuasa kerana setiap persatuan ada satu undi di FAM. Ini boleh diselesaik­an dan pada saya selagi format persatuan, pergerakan ke arah profesiona­lisme itu terbatas.

S: Maknanya persatuan bola sepak di Malaysia kena rombak strukturny­a? Selagi ia persatuan, tidak boleh buat keuntungan dan kemungkina­n risiko untuk membayar gaji? Komen Dr?

J: Ya. Ini antara perubahan yang kita harap akan dapat lihat dalam masa terdekat. Harap ia akan dapat selesai isu tunggakan gaji. Kalau ikut akta persatuan, memang tidak boleh buat keuntungan. Ia juga diberi pengecuali­an cukai, jadi kita andaikan tidak boleh buat keuntungan. Tapi persatuan boleh ada sayap komersial, boleh wujudkan anak syarikat dan sebagainya. Seperti JDT sebuah kelab di bawah Persatuan Bolasepak Johor.

 ??  ?? JDT merupakan sebuah kelab di bawah Persatuan Bolasepak Johor.
JDT merupakan sebuah kelab di bawah Persatuan Bolasepak Johor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia