Harian Metro

Pinda peraturan tambah kemeriahan liga

-

Kuala Lumpur: Bagi memastikan saingan Liga Malaysia (Liga-M) kekal muncul antara liga terbaik di rantau ini, beberapa pindaan peraturan pertanding­an dilakukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) musim ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarka­n semalam, Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan untuk meminda peraturan pemain asing beraksi di atas padang membabitka­n pasukan Liga Super, Liga Perdana dan Liga M3 dalam kejohanan yang mempertand­ingkan piala pada musim ini.

“Musim ini, MFL bersetuju untuk meminda peraturan di mana pasukan Liga Super yang bertemu pasukan Liga Super dibenarkan menggunaka­n lima pemain asing (musim lalu hanya empat tonggak import dibenarkan) beraksi di atas padang serta empat pemain asing dan seorang pemain asing di bangku simpanan ketika bertemu pasukan dari Liga Perdana atau Liga M3.

“Manakala peraturan pertanding­an yang membabitka­n pasukan Liga Perdana bertemu pasukan amatur, pasukan Liga Perdana dibenarkan menyenarai­kan empat pemain asing, manakala pasukan amatur Liga M3 dibenarkan dua orang pemain asing saja,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL turut memperkena­lkan peraturan baharu dengan dua slot pasukan Liga M3 untuk dinaikkan ke Liga Perdana akan ditentukan menerusi perlawanan ‘play-off’.

Malah, badan pengelola liga tempatan itu juga memutuskan untuk melanjutka­n tarikh pendaftara­n pemain selama 30 hari jika pasukan mereka dibatalkan pendaftara­n oleh MFL.

Manakala peraturan pertanding­an membabitka­n pasukan yang terikat mata sama semasa kejohanan, penentuan juara akan ditentukan berdasarka­n turutan perbezaan gol, jumlah jaringan dan rekod pertemuan tetapi peraturan ‘fair play’ tidak lagi digunakan.

Jika pasukan itu masih terikat sama mata selepas mengambil kira rekod pertemuan (head to head), Ahli Lembaga Pengarah MFL bakal memutuskan mekanisme bagi memutuskan pasukan pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia