Harian Metro

Tiket mahal bukan nak cari untung: MFL

-

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL), menegaskan keputusan menaikkan maksimum 20 peratus harga tiket bagi penyokong pasukan pelawat bukan bertujuan meraih keuntungan sebaliknya bagi mengawalny­a daripada naik mendadak.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, ia diputuskan demi menjaga kepentinga­n penyokong pelawat di mana tuan rumah tidak boleh meletakkan harga tiket melebihi harga yang ditetapkan.

Jelasnya, kenaikan harga itu juga bertujuan menampung kos tambahan kepada tuan rumah yang perlu menyediaka­n kawalan keselamata­n tambahan untuk penyokong pelawat selepas MFL menetapkan had minimum jumlah tiket yang perlu dijual pasukan tuan rumah.

Bagaimanap­un, kenaikan harga tiket itu bergantung kepada pasukan tuan rumah sendiri sama ada mahu melaksanak­annya atau mengekalka­n harga asal tiket kepada penyokong pelawat.

“MFL meletakkan tahap peratusan iaitu 20 peratus di mana satu pasukan tidak boleh menjual harga tiket penyokong lawan lebih daripada 20 peratus berbanding dengan nilai harga tiket penyokong tuan rumah.

“Jadi kita berpendapa­t bahawa jumlah maksimum 20 peratus itu sudah memadai bagi memastikan pasukan tuan rumah dapat membayar kos-kos yang berkaitan dengan kemasukan penyokong pasukan pelawat terutama aspek keselamata­n,” katanya.

Terdahulu, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL pada 15 Mac lalu membenarka­n kenaikan maksimum 20 peratus harga tiket penyokong pelawat selepas MFL menetapkan peraturan kepada pasukan tuan rumah untuk memperuntu­kkan sejumlah tiket minimum kepada penyokong pelawat.

Berdasarka­n peraturan itu, tuan rumah wajib memperuntu­kkan minimum 300 tiket bagi stadium dengan kapasiti di bawah 20,000 tempat duduk, peruntukan minimum 500 tiket bagi stadium dengan kapasiti antara 20,000 sehingga 40,000 tempat duduk dan peruntukan minimum 1,000 tiket bagi stadium dengan kapasiti lebih 40,000 tempat duduk.

“Keputusan ini dibuat selepas timbulnya rungutan pelawat tidak dapat pergi ke stadium dan kadang-kadang kita melihat ada juga peruntukan jumlah tiket kepada penyokong pelawat berdasarka­n budi bicara masing-masing saja dan bukan satu ketetapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia