Harian Metro

Bau asap penyelamat nyawa

-

Bintulu: Bau asap dan bahang panas menyelamat­kan nyawa 10 penghuni apabila empat rumah setinggan di Jalan Sungai Plan di sini, terbakar awal pagi semalam.

Ketika kejadian pada jam 2 pagi, semua penghuni nyenyak tidur sebelum seorang daripada mangsa terjaga apabila terhidu bau asap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.25 pagi sebelum sepasukan 15 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Penghuni bernasib baik kerana seorang daripada mereka menyedari kejadian itu dan segera mengejutka­n yang lain untuk melarikan diri.

“Tindakan pantas mangsa bukan saja menyelamat­kan nyawa ahli keluargany­a serta tiga lagi rumah yang terbakar, tetapi berjaya mengelak kebakaran besar berikutan rumah di kawasan setinggan itu dibina rapat selain menggunaka­n bahan mudah terbakar,“katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohamad berkata, pihaknya mengambil masa tiga jam mengawal kebakaran daripada merebak ke kediaman lain.

“Api dipadam sepenuhnya pada jam

5.18 pagi.

“Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain jumlah kerugian dialami semua mangsa,“katanya.

 ??  ?? EMPAT rumah setinggan musnah terbakar di Jalan
Sungai Plan.
EMPAT rumah setinggan musnah terbakar di Jalan Sungai Plan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia