Harian Metro

Penagih gagal lolos lubang rahsia

-

Putatan: Seorang penagih gagal melarikan diri melalui lubang rahsia di bahagian dapur rumahnya apabila ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Tombovo, Putatan, di sini.

Lelaki berusia 40 tahun itu antara 13 penagih yang ditahan dalam Op Cegah bermula jam 9 malam kelmarin hingga jam 4 pagi semalam di kawasan Manggatal dan Putatan.

Terdahulu, 12 penguat kuasa AADK Sabah menyerbu rumah berkenaan dan mengetuk pintu beberapa kali sebelum kedengaran suara lelaki namun tiada sebarang respon.

Anggota AADK memberi amaran sebelum pintu dibuka seorang lelaki dipercayai bapa saudara kepada suspek.

Pemeriksaa­n mendapati suspek tiada di dalam rumah, namun dua anaknya berada di dalam sebuah bilik.

Seorang daripada anak suspek memaklumka­n bapanya keluar dari bilik selepas menyedari pintu rumah diketuk.

Pemeriksaa­n lanjut dilakukan dan mendapati lubang kecil di bahagian dapur sebelum suspek ditemui dalam keadaan meniarap di bawah kolong rumahnya.

Pengarah AADK Sabah Bakri Bibi berkata, operasi berdasarka­n aduan orang awam itu memeriksa 15 lelaki disyaki penagih dadah di tiga kampung di kawasan berkenaan.

“Hasil ujian air kencing 13 lelaki positif dadah jenis Methamphet­amine atau syabu termasuk seorang lelaki yang cuba melarikan diri melalui lubang kecil di lantai dapur rumahnya.

“Semua suspek berusia 20 hingga 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgu­naan dadah boleh menyalurka­nnya dengan menghubung­i AADK atau tampil ke pejabat AADK berhampira­n,” katanya, di sini, semalam.

Operasi itu turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datuk Izhar Abu Talib.

 ??  ?? ANTARA individu yang disyaki penagih ditahan AADK dalam serbuan di beberapa kampung.
ANTARA individu yang disyaki penagih ditahan AADK dalam serbuan di beberapa kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia