Harian Metro

TERCAMPAK DARI KERETA

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Seorang penuntut universiti awam (UA) maut manakala tiga rakannya cedera selepas kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbabas di Kilometer 15, Jalan Ranau-Lohan di Poring, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu mangsa, Amirah Syafiqah Shaarani, 23, disahkan

meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Ranau jam 6.14 pagi semalam.

Tiga lagi mangsa, Jacqueline Mark Ker Koi, 22, Soo Yun Min, 23 dan Lathifa Jaffer, 24, dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Mohd Shahrul Abdul Wahab berkata, semua mangsa yang menuntut di sebuah UA di Sarawak dalam perjalanan menghala ke Kota Kinabalu dari Hot Spring.

“Ketika menuruni bukit yang berselekoh, pemandu hilang kawalan menyebabka­n kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu terbalik.

Penuntut UA maut, tiga rakan cedera kenderaan dinaiki terbabas

“Akibatnya, dua orang termasuk mangsa yang maut tercampak dari kenderaan manakala dua lagi mangsa masih berada dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, bagaimanap­un mangsa yang parah di kepala dan dada disahkan meninggal dunia di Hospital Ranau pagi semalam.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEADAAN kereta dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan.
KEADAAN kereta dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia