Harian Metro

JIMAT RM2 BILION

- Melvin Joni am@hmetro.com.my

Jumlah kos terhasil daripada pengurusan reka bentuk

Lebuh Raya Borneo Utara (LBU), rakan pelaksana projek (PDP) bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yakin mampu mencapai penjimatan kos RM2 bilion berikutan perubahan kawalan pengurusan dan penghasila­n reka bentuk yang cekap.

Jurucakap syarikat itu dalam kenyataan semalam

berkata, jumlah kos pembinaan lebuh raya itu kini diunjurkan RM15.13 bilion, dikurangka­n daripada sasaran kos siling asal berjumlah RM16.488 bilion.

Menurut kenyataan itu, jumlah penjimatan kos yang terhasil daripada pengurusan reka bentuk dan pengoptima­lan saja RM553 juta.

“Penjimatan dibuat dengan mematuhi reka bentuk dan tanpa kompromi terhadap piawaian atau kualiti lebuh raya, termasuk kelajuan reka bentuk.

“Apabila penjimatan lain dimasukkan (terutama disebabkan kuantiti semula yang diukur berdasarka­n keadaan tapak sebenar), jumlah penjimatan dicapai kini adalah RM1.5 bilion,” katanya.

Bagaimanap­un, berikutan pemilik projek iaitu Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Sarawak mengarahka­n kerja tambahan dijalankan terutama berkaitan pengukuhan struktur, simpanan bersih semasanya kini berjumlah RM1 bilion.

Beliau berkata, penjimatan RM1 bilion dijangka daripada pelan kontigensi yang diperuntuk­kan tidak mungkin dibelanjak­an berikutan kos dan langkah perubahan kawalan diambil untuk projek itu.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Fasa 1 merangkumi 786 kilometer jalan raya, melalui 11 pakej dan dijangka siap penghujung 2021.

 ??  ?? LEBUH Raya Pan Borneo yang dalam pembinaan dijangka siap penghujung 2021.
LEBUH Raya Pan Borneo yang dalam pembinaan dijangka siap penghujung 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia