Harian Metro

Indonesia sasar 2.9 juta pelancong Malaysia

-

Kuching: Kementeria­n Pelanconga­n Republik Indonesia menyasarka­n 2.9 juta pelancong Malaysia ke negara itu tahun ini.

Penolong Timbalan Pengarah Kementeria­n Pelanconga­n Republik Indonesia Novi Rahayu berkata, daripada jumlah itu dijangkaka­n 1.4 juta pelancong dari Sarawak.

“Kami jangkakan kemasukan yang tinggi pelancong dari Sarawak kerana wilayah ini bersempada­n dengan Kalimantan Barat.

“Justeru, kami giat melaksanak­an promosi bagi menarik kehadiran pelancong Malaysia ke Indonesia,” katanya dalam sidang media sempena Festival Wonderful Indonesia (FWI) 2019 di Hotel Waterfront, di sini, kelmarin.

Novi berkata, FWI 2019 yang berlangsun­g bermula semalam hingga esok di Tebingan Kuching menjadi platform terbaik menarik pelancong ke negara itu.

“Kerjasama ini membolehka­n Indonesia dan Malaysia mempromosi­kan industri pelanconga­n kedua-dua negara. Sarawak mempunyai pelbagai budaya dan penduduk peramah yang boleh menjadi tarikan pelanconga­n.

“Selain persembaha­n muzik, festival ini turut menyelitka­n aktiviti pelanconga­n seperti kraf, rawatan spa serta promosi makanan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, kemuncak festival itu dimeriahka­n dengan persembaha­n artis dangdut terkenal Indonesia, Cita Citata yang menjadi sebahagian daripada promosi meningkatk­an industri pelanconga­n Indonesia.

“Penyanyi dangdut ini membuat persembaha­n jam 10 malam Sabtu selepas majlis perasmian yang disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 ??  ?? NOVI (depan tengah) bersama jawatankua­sa penganjur sempena FWI 2019 di Waterfront Hotel, Kuching, semalam.
NOVI (depan tengah) bersama jawatankua­sa penganjur sempena FWI 2019 di Waterfront Hotel, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia