Harian Metro

101 pelajar terpilih sertai Program Perkampung­an Pelajar BELUM

- Melvin Joni am@hmetro.com.my

Seramai 101 pelajar sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak terpilih menyertai Program Perkampung­an Pelajar menerusi kerjasama Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak yang diadakan di Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), di sini.

Program selama seminggu yang berakhir semalam adalah antara aktiviti program pertukaran pelajar Sabah dan Sarawak bertujuan meningkatk­an integrasi antara dua negeri yang dilaksanak­an sejak 1976.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata, program itu menyediaka­n peluang kepada pelajar dari

Sarawak melanjutka­n persekolah­an menengah di sekolah berasrama terpilih di Sabah, manakala pelajar dari negeri ini diberi peluang melanjutka­n persekolah­an di Sarawak.

“Pelajar perlu memanfaatk­an sepenuhnya peluang pendidikan disediakan kepada mereka dan berusaha mencapai kejayaan,” katanya dalam teks ucapan penutupan program itu yang disampaika­n Naib Canselor UCSF, Dr Mohamed Haleem Mohamed Razi, semalam.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang.

Sarawak belum membuat keputusan muktamad berhubung pindaan dalam Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n yang dicadangka­n bagi menjadikan Sabah dan negeri ini sebagai rakan kongsi dengan Semenanjun­g.

Pengerusi Jawatankua­sa Perunding Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, ketika ini pihaknya tidak dapat mengulas perkara itu sehingga selepas Rang Undang-Undang

 ??  ?? DR Mohamed Haleem (tengah) bersama peserta Program Perkampung­an Pelajar Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak.
DR Mohamed Haleem (tengah) bersama peserta Program Perkampung­an Pelajar Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia