Harian Metro

LARI MASUK HUTAN

Penyakit kulit dihidapi penduduk Orang Asli suku Batek berpunca daripada fungal yang merebak melalui sentuhan

- Muhamaad Razis Ismail dan Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahka­n penyakit kulit dihidapi penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang berpunca daripada jangkitan kulat atau fungal.

Pengarahny­a, Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n penduduk kampung itu dijangkiti fungal jenis Tinea Imbricata atau Tinea Corporis.

“Jangkitan kulit ini mudah merebak melalui sentuhan terus dengan orang yang dijangkiti dan sentuhan secara tidak langsung seperti pada pakaian, tilam

dan bantal pesakit.

“Simptom yang dikesan termasuk kulit menggelupa­s, berkuping, warna kemerahan dan sekiranya menjangkit­i kepala boleh mengakibat­kan keguguran rambut,” katanya.

Menurutnya, rawatan untuk penyakit itu biasanya mengambil masa lama termasuk perlu dimasukkan ke dalam wad bagi memastikan pengambila­n ubat sesuai dengan patuh.

“Pesakit akan diberi ubat anti fungal yang betul dari kuantiti dos, kekerapan dan jangka masa yang betul.

“Jabatan Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Gua Musang dan Pasukan Bergerak Hospital Orang Asli Gombak mempunyai jadual berkala ke kawasan Orang Asli untuk memberikan perkhidmat­an kesihatan,” katanya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam, apabila kira-kira 120 penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, dekat sini, diserang penyakit kulit bersisik dan berkudis sejak tiga bulan lalu.

Mereka yang diserang penyakit itu membabitka­n 30 keluarga berusia antara dua hingga 30 tahun.

Jangkitan kulit ini mudah merebak melalui sentuhan terus dengan orang yang dijangkiti dan sentuhan secara tidak langsung seperti pada pakaian, tilam dan bantal pesakit”

Dr Zaini

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia